Now Reading
[Video] Pura-pura Tanya Soalan, Mangsa 71 Tahun Dihampiri Individu Tak Dikenali Sebelum Rantai Emas Diragut

[Video] Pura-pura Tanya Soalan, Mangsa 71 Tahun Dihampiri Individu Tak Dikenali Sebelum Rantai Emas Diragut

Suspek pada ketika itu berpakaian gelap dan menunggang sebuah motosikal Yamaha 135LC dilihat menghampiri mangsa di hadapan sebuah pangsapuri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malang tidak berbau.

Siapa sangka, kejadian yang pada awalnya hanya ingin bertanyakan soalan bertukar tragedi ngeri buat seorang individu ini yang telah menjadi mangsa ragut.

Menurut laporan Sinar Harian, polis kini sedang giat memburu peragut yang telah melarikan rantai leher milik seorang penunggang motosikal dalam kejadian di hadapan pondok pengawal di Taman Raintree, Batu Caves, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak,Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 12.08 tengah hari semalam, Khamis, (3 Ogos 2023).

Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun yang sedang menaiki motosikal telah ditahan oleh individu tidak dikenali olehnya dan berpura-pura bertanyakan soalan.

Semasa berbual, suspek lelaki itu telah bertindak menarik rantai leher emas milik mangsa sebelum melarikan diri. Usaha mengesan suspek masih giat dijalankan untuk tindakan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Gombak,Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.

Suspek pada ketika itu berpakaian gelap dan menunggang sebuah motosikal Yamaha 135LC dilihat menghampiri mangsa di hadapan sebuah pangsapuri.

Tambah pihak polis, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 03-61262222 atau 012-8819215.

Artikel Berkaitan: Pelekat ‘Barbie’ Mampu Undang Jenayah Buat Pemandu Wanita. Elakkan!


Tips Keselamatan

Setiap orang perlu sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati ketika berada di luar. Tidak kiralah di tempat ramai orang ataupun tempat yang sunyi, anda harus mengawasi setiap langkah dan mengamalkan tabiat melihat di kawasan sekeliling.

Berikut merupakan beberapa tips penting untuk melindungi diri sendiri buat kaum wanita mahupun lelaki:

  • Jangan berjalan sambil menggunakan telefon kerana ia boleh menghilangkan tumpuan anda terhadap keadaan sekeliling yang sedang berlaku.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di kawasan sunyi.
  • Jangan meletakkan beg tangan atau barangan berharga di tempat duduk penumpang semasa memandu.
  • Sekiranya anda rasa sedang diekori, terus pandu kereta ke balai polis berdekatan dan menghubungi pihak polis untuk memberikan keterangan.
  • Periksa keadaan sekeliling kenderaan sebelum memasuki kereta.
  • Segera mengunci pintu kereta sebelum memasuki kenderaan.
  • Menjerit sekuat hati atau menekan hon jika diganggu individu tidak dikenali.
  • Sediakan penyembur lada, wisel keselamatan atau kunci penggera di dalam beg untuk digunakan sekiranya diserang.

Sumber: Sinar Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd