JAKIM Siasat Dakwaan Selebriti Indonesia Tentang Ramai Rakyat Malaysia Sertai Ajaran Sesat Di Jawa Barat
Ajaran sesat yang dibawa oleh sebuah pondok pesantren di Jawa Barat, Indonesia meminta pengikutnya untuk menyanyikan lagu dan mengucapkan salam dalam bahasa Hebrew.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Isu berkaitan ajaran sesat membimbangkan ramai pihak kerana sudah banyak gerakan yang cuba melebarkan sayap mereka secara senyap-senyap.
Baru-baru ini, satu lagi ajaran sesat kembali muncul di sebuah pondok pesantren (asrama) di Jawa Barat, Indonesia yang didakwa menyanjungi Israel.
Situasi ini lebih mengejutkan lagi apabila seorang selebriti Indonesia iaitu Lucky Hakim mendakwa rakyat dari Malaysia merupakan tetamu yang paling ramai hadir ketika majlis ajaran tersebut.
Majlis yang berlangsung ketika itu bukan majlis biasa kerana ada banyak kenderaan. Saya menganggarkan tetamu yang hadir mungkin melebihi 2,000 orang. Banyak tetamu dari negara luar seperti Korea dan yang paling ramai adalah dari Malaysia.
Selebriti Indonesia, Lucky Hakim.
Ajaran sesat ini mula tular di media sosial apabila video pengasas pusat pengajian tersebut melaksanakan solat sunat Aidilfitri dengan cara menjarakkan saf serta bercampur antara lelaki dan wanita tersebar.

Bukan itu sahaja, mereka juga meminta para pengikut ajaran itu untuk menyanyikan lagu dan mengucapkan salam dalam bahasa Hebrew.
Selain cara melaungkan azan yang membuatkan ramai keliru, khubah solat Jumaat yang dilakukan di pusat pengajian itu juga disampaikan oleh seorang wanita.
Mufti Pahang Minta JAKIM Siasat Ajaran Pelik Dari Pondok Pesantren Di Indonesia
Memetik laporan Sinar Harian, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman meminta agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiasat tentang isu ini kerana dibimbangi boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
Dengan kemajuan teknologi dan media sosial, ajaran yang dibawa oleh pondok Jawa Barat ini boleh menular dengan lebih cepat.
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman
Sebelum ini, beberapa ajaran sesat yang terkenal di Malaysia turut mempunyai pengikutnya seperti Kerajaan Langit, Taslim, Hadi Minallah dan Al-Arqam.

JAKIM Bekerjasama Dengan Kedutaan Indonesia Di Malaysia Untuk Siasat Isu Ajaran Sesat Yang Tular
JAKIM mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan pihak kedutaan Indonsia di Malaysia untuk menyiasat dakwaan tentang ramai rakyat Malaysia yang menyertai majlis kontroversi di sebuah pondok pesantren di Jawa Barat, Indonesia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan pihak mereka akan berbincang dengan Panel Kajian Akidah JAKIM untuk mendapatkan nasihat sebelum mengambil tindakan lanjut.
BACA JUGA: JAIS Siasat Isu Ajaran Lelaki ‘Mimpi’ Peristiwa Akhir Zaman
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.