Now Reading
JAIS Siasat Isu Ajaran Lelaki ‘Mimpi’ Peristiwa Akhir Zaman

JAIS Siasat Isu Ajaran Lelaki ‘Mimpi’ Peristiwa Akhir Zaman

Lelaki bernama Muhammad Qasim Abdul Karim mendakwa dirinya diberi amanah oleh Allah SWT untuk menyebarkan mimpi berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Isu penyelewengan akidah agama Islam bukanlah perkara asing di Malaysia. Sebelum ini, sudah banyak gerakan ajaran sesat yang melakukan penyebaran secara senyap-senyap.

Antaranya gerakan yang dibawa oleh Sittah Annur iaitu ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) menerusi media sosial.

Baru-baru ini, isu ajaran sesat kembali muncul selepas tularnya sebuah kumpulan dikenali sebagai Gerakan Akhir Zaman (Gaza) yang mengajak orang ramai untuk mempercayai ajaran mimpi peristiwa akhir zaman.

Gerakan ini yang berasal daripada Indonesia dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi akhir zaman berdasarkan sebuah mimpi yang dialami seorang lelaki Pakistan bernama Muhammad Qasim Abdul Karim.

Kredit: Pinterest

Lelaki berkenaan mendakwa dia telah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW sebanyak 300 kali dan telah diberi amanah oleh Allah SWT untuk berkongsikan mimpi tersebut kepada masyarakat.

Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa telah bertemu Dajjal beberapa kali serta Yakjuj dan Makjuj ketika ‘dilepaskan’ di muka bumi.

JAIS siasat gerakan Gaza

Berikutan itu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan siasatan dan mengesahkan dakwaan isu ajaran mimpi akhir zaman itu tidak berlaku di negeri Selangor.

Kredit: Sinar Harian

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan kerana berada di luar bidang kuasa mereka.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan tidak melakukan perbuatan itu di negeri Selangor. Maka, JAIS tidak berkuasa untuk melakukan apa-apa tindakan di luar bidang kami.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Namun, JAIS menyeru orang ramai supaya tidak terpengaruh dan bakal mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penganut agama Islam di Selangor yang berpegang teguh kepada beberapa pernyataan mimpi Muhammad Qasim.


Ada juga yang menyokong ajaran ini

Berdasarkan tinjauan, kami mendapati ajaran ini turut mendapat sokongan beberapa individu dalam kalangan masyarakat.

Berpeganglah pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang sebenarnya. Semoga kita sama-sama terhindar daripada perkara yang menyelewengkan akidah. Amin.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd