Now Reading
Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Perkenal Mesin Layan Diri Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan

Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Perkenal Mesin Layan Diri Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan

Dengan program ini, kerajaan menyasarkan bahawa peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Perkenal Vending Machine Jual Sarapan RM2, Bantu Golongan B40 Ja (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Golongan B40 menjadi salah satu fokus kerajaan bagi membantu meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Antara inisiatif yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan hidangan ‘Menu Rahmah’ dan dijual dengan harga bawah RM5.

Inisiatif Menu Rahmah ini mendapat banyak sokongan daripada pihak pengusaha makanan yang ingin menyahut seruan kerajaan bagi membantu golongan B40 mendapatkan hidangan berkhasiat dengan harga mampu milik.

BACA JUGA: 15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah RM5 Demi Bantu Golongan B40

Antara menu yang dijual oleh para peniaga bagi hidangan Menu Rahmah adalah seperti:

  • Menu Sarapan Pagi (RM2.50)
    • Nasi Lemak
    • Mi Goreng
    • Kuetiaw Goreng
    • Bihun Goreng
    • Nasi Goreng
  • Menu Makan Tengah Hari (RM4.90)
    • Nasi dan pelbagai jenis lauk

Pembeli yang mendapatkan hidangan Menu Rahmah juga memaklumkan mereka berpuas hati dengan inisiatif ini yang menawarkan set makanan dengan harga sangat murah dan menjimatkan.

BACA JUGA: “2 Kali Saya Tengok Harga” – Pelanggan Beri Maklum Balas Tentang Menu Rahmah


Kerajaan Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan Menerusi Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Selain Menu Rahmah, antara inisiatif lain yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu golongan B40 ini adalah dengan menyediakan peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan.

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diwujudkan bagi membantu menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40.

Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Perkenal Mesin Layan Diri Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan
Sumber: Portal Rasmi Kementerian Ekonomi

Pada masa yang sama, inisiatif ini menumpukan usaha dalam membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.

Bagi peserta yang menyertai program IPR ini menerusi Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), pihak kerajaan akan membayarkan sewa mesin layan diri (vending machine) dan juga sewa tapak secara percuma selama dua tahun.

Apa yang anda perlu buat hanyalah mengisi mesin tersebut dengan hidangan makanan yang ingin dijual.

Sebagai permulaan, akan ada 5,000 mesin layan diri ini di seluruh negara dan diletakkan di beberapa lokasi strategik seperti stesen LRT, sekolah, hospital dan sebagainya.

Dengan program ini, kerajaan menyasarkan bahawa peserta IPR mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Perkenal Mesin Layan Diri Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan
Sumber: Portal Rasmi Kementerian Ekonomi

Untuk pengetahuan umum, program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) ini terdiri kepada tiga kategori iaitu:

  • Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
    • Pengusaha mesin menjual (vending machine).
    • Syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka.
  • Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
    • Syarikat pertanian.
    • Rantaian peruncitan makanan.
    • Pengeksport.
  • Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
    • Syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis.

Peserta Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Beri Maklum Balas Berniaga Menerusi Mesin Layan Diri

Memetik laporan Berita Harian, salah seorang pengusaha makanan layan diri yang menyertai Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) ini berjaya menjual sebanyak 120 pek nasi lemak pada hari pertama jualannya.

Peniaga berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Fatin Afifah Alias itu memberitahu bahawa program IPR ini banyak membantunya untuk menjana pendapatan tanpa perlu berada di lokasi berniaga terlalu lama.

Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Perkenal Mesin Layan Diri Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan
Sumber: Twitter @FaktaBukanAuta

Tambahnya, dia akan menerima notifikasi melalui aplikasi sekiranya bekalan makanan di dalam mesin tersebut sudah habis.

Dengan adanya aplikasi ini, saya tidak perlu berada di stesen LRT terlalu lama. Saya cuma akan datang untuk menambah pek makanan yang habis dan meletakkan makanan tengahari. Soal kos perbelanjaan pula, saya hanya perlu mengeluarkan modal untuk menyediakan makanan selebihnya dibiayai oleh kerajaan selama dua tahun.

Fatin Afifah Alias.

Selain nasi lemak, antara hidangan lain yang turut dijual adalah pek nasi dagang bersama ikan dengan harga RM5 untuk makan tengah hari.

Dengan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan ini, diharapkan lebih ramai individu yang berani untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan bulanan mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd