Now Reading
Mesin Layan Diri IPR Di Hospital Serdang Tawar Harga Murah. Makanan RM3 & Air RM1 Je!

Mesin Layan Diri IPR Di Hospital Serdang Tawar Harga Murah. Makanan RM3 & Air RM1 Je!

Mesin layan diri tersebut merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan dikendalikan oleh seorang peserta wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mesin layan diri atau ‘vending machine’ memudahkan pengguna untuk mendapatkan makanan dan minuman di tempat yang tidak menjual barang tersebut.

Kini mesin layan diri bukan sahaja menawarkan makanan segera seperti roti dan biskut, tetapi juga makanan yang dimasak.

Seorang pengguna laman X (@mimiannisya93) berkongsi pengalamannya membeli hidangan daripada satu mesin layan diri yang diletakkan di Hospital Sultan Idris Shah di Serdang, Selangor.


Harga Makanan RM3 & Minuman Serendah RM1

Melalui perkongsiannya, dia telah membeli dua hidangan iaitu aglio olio dan nasi goreng udang. Apa yang lebih menarik adalah pengguna turut mendapat biskut Nabati percuma dengan setiap pembelian.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, kesemua makanan dijualkan pada harga RM3, manakala air pula bermula pada harga serendah RM1.

Sumber gambar: X @mimiannisya93

Terdapat pelbagai pilihan hidangan yang ditawarkan. Siap ada macaroni cheese dengan harga RM3 sahaja!

Pilihan air pula termasuk air tin, pelbagai air kotak seperti susu dan jus, serta minuman berkafein.

Melihat kepada gambar yang dikongsinya, kuantiti makanan banyak dan hampir memenuhi bekas bungkusan. Malah, nasi goreng udang mempunyai satu udang yang besar dan aglio olio mengandungi pelbagai bahan seperti capsicum dan kupang.


Wang Dikembalikan Serta-Merta Jika Mesin Bermasalah

Menurut Mimi, dia telah membeli beberapa hidangan lain. Akan tetapi, mesin mengalami masalah ketika itu dan tidak dapat mengeluarkan makanan yang dipesan.

Namun begitu, mesin itu serta-merta mengembalikan semula wang yang telah dibayar tanpa perlu menunggu terlebih dahulu.


Mesin Layan Diri IPR Bantu Keluarga Miskin

Mesin layan diri tersebut merupakan sebahagian daripada Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) yang dijalankan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Seperti yang tertera pada gambar mesin, ia dikendalikan oleh seorang peserta wanita bernama Nurul Syuhadah.

IPR dijalankan bagi membantu keluarga miskin tegar dan golongan B40 menambah pendapat di samping sebagai usaha menyelesaikan masalah ekonomi harian.

Inisiatif tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu INSAN, Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Sebanyak 100 buah mesin layan diri INSAN telah dilancarkan pertama kali pada bulan Jun tahun ini. Kesemua mesin ini diletakkan di tempat-tempat awam iaitu di stesen Transit Aliran Massa (MRT), hospital dan universiti.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, kerajaan menyasarkan sebanyak 5,000 buah mesin di seluruh negara bagi tahun ini.

Sumber: X @mimiannisya93 | Kementerian Ekonomi | Berita RTM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd