Now Reading
IKHLAS Tawar Pakej Umrah & Kini Bekerjasama Dengan Rakan Saudi, Jamin Hotel Buat Para Jemaah

IKHLAS Tawar Pakej Umrah & Kini Bekerjasama Dengan Rakan Saudi, Jamin Hotel Buat Para Jemaah

Pengerusi Eksekutif Capital A Kamarudin Meranun menjelaskan bahawa beliau sudah lama berhasrat untuk membantu dan menyumbang kepada perjalanan kerohanian bagi para jemaah Umrah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (IKHLAS) telah memeterai usahasama strategik dengan Dar Al Eiman Investment Co (Dar Al Eiman) bagi mengukuhkan kedudukannya dalam sektor kembara Umrah.

Untuk pengetahuan umum, IKHLAS merupakan platform kembara dan gaya hidup mesra-Muslim Capital A yang menawarkan pakej Umrah mampu milik dengan penerbangan terus AirAsia X ke Jeddah.

Perjanjian kerjasama selama lima tahun antara IKHLAS dan Dar Al Eiman bertujuan meningkatkan keselesaan jemaah Umrah dan mengurangkan kerisauan mereka dengan memberikan penempatan mampu milik serta selesa.

Dan paling penting sekali adalah tempahan hotel yang sahih apabila menjalani ibadah di Mekah dan Madinah.

Adalah satu keistimewaan untuk menjalin usahasama dengan operator tempatan yang kukuh dengan pengalaman luas dan pemilihan hotel di Mekah dan Madinah. Sebagai pemain baru, kolaborasi ini akan membantu kami mengatasi masalah hotel yang semakin membimbangkan berikutan kenaikan permintaan dalam kalangan jemaah Umrah. Dar Al Eiman juga menzahirkan keterbukaan mereka bagi menambah pelaburan di Arab Saudi untuk menyokong Umrah IKHLAS juga tawaran pelancongan mesra-Muslim kami di masa depan. Dengan penerbangan AirAsia X kami dan kini jaminan tempahan hotel, kami mahu membantu lebih ramai umat Islam mengerjakan Umrah dengan murah, selesa dan tenang.

Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin.

IKHLAS Ingin Jadi Operator Umrah Pilihan Dan Beri Perkhidmatan Terbaik

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Eksekutif Capital A Datuk Kamarudin Meranun menjelaskan bahawa beliau sudah lama berhasrat untuk membantu dan menyumbang kepada perjalanan kerohanian bagi para jemaah Umrah.

Menyaksikan jumlah jemaah melaksanakan ibadah mereka di Mekah dan Madinah, saya berdoa agar kami mampu menjadi operator Umrah pilihan semua dan memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan tuntutan agama.

Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun.

Kamarudin juga menyuarakan harapan untuk memperluaskan perkhidmatan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh rantau Asean, sejajar dengan jaringan luas AirAsia dengan pakej Umrah yang mudah, efisien, mampu milik dan selesa untuk semua umat Islam.

Untuk maklumat lanjut tentang IKHLAS Umrah, layari www.ikhlas.com.

BACA JUGA: Capital A Lancar IKHLAS, Platform Gaya Hidup Patuh Shariah Buat Umat Islam

BACA JUGA: Umrah: Beribadah Atau Melancong?

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Tips Sebelum Tunai Ibadah Umrah. Penting Untuk Dipraktik!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd