Skim Bekalan Air Percuma Selangor Beri Manfaat Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000
Hanya seorang pemohon sahaja yang layak untuk membuat permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) bagi satu premis.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Air Selangor baru-baru ini mengumumkan bahawa Skim Air Darul Ehsan (SADE) di bawah kerajaan negeri telah meningkatkan peningkatan isi rumah berkelayakan kepada RM5,000. Skim ini menyediakan 20m³ bekalan air percuma untuk pengguna yang layak.
Bagi kriteria baharu yang diumumkan, permohonan dibuka bermula semalam (6 Februari) dan pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Selangor.
Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk satu premis sahaja.
Bagi pasangan suami isteri sama ada warga tempatan atau tidak, pendapatan isi rumah adalah termasuk pendapatan pasangan masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Air Selangor.
Skim Air Darul Ehsan (SADE) Beri Manfaat Kepada Tambahan 100,000 Pemegang Akaun Air Selangor
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini berkata peluasan skim itu dijangka memanfaatkan tambahan 100,000 pemegang akaun Air Selangor.
Air Selangor berkata penduduk di pangsapuri kos rendah akan terus menerima bekalan air percuma 20m³ sehingga Disember 2024.
Mohon peruntukan air percuma sebanyak 20m³ di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) hari ini. Terbuka untuk semua penduduk di negeri Selangor.
— Air Selangor (@air_selangor) February 5, 2023
Ikut langkah-langkah berikut untuk membuat pendaftaran serta menyemak kelayakan anda.#AirSelangor #SkimAirDarulEhsan pic.twitter.com/8r83n99HWV
Inisiatif bekalan air percuma mula diperkenalkan sebagai subsidi menyeluruh pada tahun 2008 apabila Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya negeri.
Sebelum ini, pendapatan isi rumah RM4,000 sahaja yang layak memohon skim ini bermula pada Mac 2020.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.