Now Reading
Besi Perancah Jatuh Dari Pembinaan Tingkat 56 & Hempap Kereta Di Jalan Ampang

Besi Perancah Jatuh Dari Pembinaan Tingkat 56 & Hempap Kereta Di Jalan Ampang

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan ketika besi perancah itu menghempap sebuah kereta berhampiran Jalan Ampang itu.

bongkah besi pembinaan jatuh atas kereta di jalan ampang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tiada sesiapa mahu terlibat dalam insiden yang teruk tetapi bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Baru-baru ini, seorang pemandu berdepan detik malang apabila kereta jenis Toyota Vios miliknya mengalami kerosakan agak teruk akibat dihempap oleh sebuah bongkah besi perancah yang besar dari tingkat 56 sebuah bangunan dalam pembinaan.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wang Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Ampang sekiktar jam 8:45 pagi hari ini (13 Januari).

Besi Perancah Jatuh Dari Pembinaan Tingkat 56 & Hempap Kereta Di Jalan Ampang
Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB

Ketika kejadian, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana pemilik kereta yang merupakan seorang pemandu lelaki sedang berada di dalam kedai serbaneka 24 jam berhampiran.

Besi perancah itu terjatuh di hadapan kedai serbaneka 24 jam dan menghempap sebuah kereta jenis Toyota Vios yang memarkir di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Dang Wang Asisten Komisioner Noor Dellhan.
Besi Perancah Jatuh Dari Pembinaan Tingkat 56 & Hempap Kereta Di Jalan Ampang
Sumber: Malaysia Gazette

Rakaman & Gambar Kejadian Tular Di Media Sosial

Beberapa rakaman video serta gambar di lokasi kejadian telah tular di media sosial dan salah seorang wartawan juga telah memuat naik ciapan melaporkan insiden itu di laman Twitter miliknya (@redzuanNewsMPB).

Reaksi pemilik kereta ketika melihat keadaan keretanya yang rosak ditimpa bongkah besi itu juga sempat dirakam oleh netizen.

Netizen Mula Risau Untuk Memandu Di Mana-mana Lokasi

Situasi yang berlaku itu membuatkan ramai pihak mula gusar dan takut untuk memandu di mana-mana kawasan kerana risau sekiranya mereka berdepan risiko yang sama dihempap sesuatu.

Malah ada juga memberi nasihat untuk tidak hanya memandang kiri dan kanan ketika memandu, bahagian atas juga perlu dilihat serta berjaga-jaga.

Mereka turut meluahkan kerisauan sekiranya bongkah besi itu menghempap manusia yang berada di kawasan sekitar ketika waktu kejadian berlaku.

Ramai Persoal Tentang Patung Durian Di Dalam Video Rakaman

Di kawasan berhampiran kejadian, terdapat sebuah patung durian gergasi di kawasan berhampiran laluan pejalan kaki.

Disebabkan itu, terdapat netizen yang menganggap kereta tersebut rosak kerana dihempap durian. Sebenarnya, tiada kaitan ya.

Untuk pengetahuan anda, patung gergasi durian itu merupakan milik Le Apple Boutique Hotel yang menyajkan bufet durian di penginapan tersebut.

Kebetulan juga hotel itu berada bersebelahan dengan kedai serbaneka berkenaan.


Pernah Berlaku Beberapa Kes Hampir Serupa Sebelum Ini

Terdahulu, insiden yang hampir serupa pernah dilaporkan berlaku apabila sebuah bongkah konkrit dilaporkan terjatuh dari sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke arah Ampang.

Kejadian tersebut juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu jam di kawasan berkenaan

BACA JUGA: Bongkah Konkrit Terjatuh Dari Lori Di MRR2, Ramai Luah Rasa Gusar

bongkah besi terjatuh
Sumber: Twitter @mySUKEofficial

Selain itu, satu lagi kes lain berlaku melibatkan lapan buah kenderaan yang rosak teruk akibat ditimpa bongkah batu yang jatuh dari bukit berhampiran dalam kejadian di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah, Ampang.

Walau bagaimanapun, kes yang berlaku sekitar jam 4:30 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

BACA JUGA: [Awas] 8 Kereta Di Ampang Rosak Ditimpa Bongkah Batu Gara-gara Hujan Lebat & Angin Kencang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd