[Awas] 8 Kereta Di Ampang Rosak Ditimpa Bongkah Batu Gara-gara Hujan Lebat & Angin Kencang
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.30 pagi di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah, Ampang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kebelakangan ini, beberapa buah negeri termasuklah Kuala Lumpur dan Selangor mengalami hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir kilat seperti yang dilaporkan berlaku pada 7 Mac lalu.
BACA JUGA: Hujan Berterusan & Ribut Petir Diramal Hingga Jumaat, 11 Mac. Ini Antara Lokasi Terlibat
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut mengamalkan bahawa hujan berterusan diikuti ribut petir di beberapa kawasan terutamanya sekitar Lembah Klang sehingga Jumaat (11 Mac).

Be careful, everyone!
8 Kereta Di Ampang Rosak Teruk
Satu kejadian dilaporkan berlaku awal pagi tadi selepas lapan kenderaan rosak teruk setelah ditimpa bongkah batu yang jatuh dari bukit berhampiran dalam kejadian di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah, Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata dalam insiden pada kira-kira 4.30 pagi itu, bongkah batu menghempap kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan parkir Blok 4 pangsapuri berkenaan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa. Siasatan awal polis mendapati kejadian itu disebabkan bencana alam susulan hujan lebat dan angin kencang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
Laporan polis yang dibuat oleh pengadu dirujuk kepada agensi lain dan tiada kertas siasatan dibuka setakat ini.
Pihak polis bagaimanapun menasihati orang ramai supaya peka dengan keadaan cuaca dan elakkan daripada meletakkan kenderaan di bawah bukit atau pokok susulan kekerapan berlaku insiden pokok tumbang atau tanah runtuh yang disebabkan angin kencang serta hujan lebat.
BACA JUGA: Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.