Now Reading
“I Lost My Friend” – Rakan Kepada Pelakon & Influencer Umum Syazlin Zainal Meninggal Dunia

“I Lost My Friend” – Rakan Kepada Pelakon & Influencer Umum Syazlin Zainal Meninggal Dunia

Syazlin Zainal dilaporkan meninggal dunia di Johor pada 10 November 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (10 November), dunia hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon dan pempengaruh (influencer) iaitu Syazlin Zainal, 26, yang dilaporkan telah pergi buat selamanya.

Menurut laporan, Syazlin dikatakan meninggal dunia di Johor. Walau bagaimanapun, punca kematian masih berada dalam siasatan.

Berita pemergian Syazlin itu pada asalnya dikongsikan oleh seorang rakannya menerusi Instagram Story (IGS) @Zeatyalia, malam semalam.

Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya. Saya kehilangan kawan saya hari ini dan saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan perasaan ini. Saya juga masih tidak percaya ini berlaku.

Instagram Story @Zeatyalia.

Dia juga meminta orang ramai untuk bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk Syazlin Zainal.

Instagram Story @Zeatyalia.

Innalillahiwainnailaihirojiun

Kami di TRP mengucapkan takziah untuk ahli keluarga arwah. Semoga arwah Syazlin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


BACA JUGA: Ulama Terkenal Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi Meninggal Dunia

BACA JUGA: Syed Kadir, Pengasas Syed Bistro Meninggal Dunia

BACA JUGA: Selalu Buat Konten TikTok Dengan Ayah, Kucing Tak Keruan Cari Tuan Yang Dah Meninggal Dunia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd