Now Reading
Syed Kadir, Pengasas Syed Bistro Meninggal Dunia

Syed Kadir, Pengasas Syed Bistro Meninggal Dunia

Jenazah Allahyarham Syed Kadir akan dikebumikan di Shah Alam selepas solat jenazah di surau Seksyen 3, Shah Alam hari ini (28 September).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (27 September), Pengasas Restoran Syed Bistro iaitu Syed Kadir Syed Mahamad dilaporkan telah pergi menghadap Ilahi. Beliau dikatakan meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam.

Menurut sumber yang dimaklumkan kepada Astro Awani, arwah yang dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua telah dibawa ke Pusat Rawatan Subang Jaya pada Isnin lalu (26 September) selepas dikatakan mengalami sesak nafas.

Pencarian kami di akaun rasmi Syed Bistro menerusi Facebook mendapati restoran itu turut memuat naik satu hantaran memaklumkan tentang pemergian pengasas restoran berkenaan.

Turut difahamkan bahawa jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Shah Alam selepas solat jenazah di surau Seksyen 3, Shah Alam hari ini (28 September).


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd