Ulama Terkenal Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi Meninggal Dunia
Almarhum Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi meninggal dunia pada usia 96 tahun di Qatar, Doha semalam (26 September).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Semalam (26 September), umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan berita yang mendukacitakan selepas tokoh ulama terkenal iaitu Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dikhabarkan telah meninggal dunia pada usia 96 tahun.
Memetik laporan Utusan, pemimpin Ikhwanul Muslimim itu menghembuskan nafas terakhirnya di Doha, Qatar.
Berita tentang pemergian Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga telah dikongsikan oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi hantaran dimuat naik di laman Twitter miliknya (@drzul_albakri).
Menerusi hantaran oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu, beliau mengingatkan umat Islam bahawa pemergian para ulama sebagai salah satu petanda dunia sudah semakin menghampiri penghujungnya.
Mendengar berita pemergian beliau hari ini, mengingatkan saya betapa kita semakin menghampiri zaman yang disabdakan Rasulullah SAW.
Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanya gurunya ketika kecil, “Apa cita-cita kamu?”
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) September 26, 2022
Jawabnya, “Saya ingin menjadi Syeikhul Azhar!”
Walaupun beliau tidak menjadi seperti yang dicitakan, hakikatnya beliau adalah antara Syeikhul Ummah yang menjadi panutan seluruh dunia. pic.twitter.com/HRrINH7X3u
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga telah banyak menyumbangkan ilmu dan dimanfaatkan oleh para ulama seluruh dunia untuk diberi kepada umat Islam.
Beliau yang juga merupakan Tokoh Pemikir Islam telah dibuang dari Mesir sebelum menetap di Doha, Qatar sebelum berlakunya Revolusi 2011 yang mengggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.
Almarhum ketika hidupnya juga lantang mengkritik kerajaan pemimpin Presiden Mesir iaitu Abdel Fatah al-Sisi yang mentadbir sejak 2014 sehingga kini.
BACA JUGA: Tan Sri Mustapha Kamal Meninggal Dunia Pada Usia 73 Tahun Pagi Ini, 25 Julai
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.