Now Reading
Hutan Simpan Kekal Di Selangor Ditutup 3 Bulan Untuk Pendaki Mulai November

Hutan Simpan Kekal Di Selangor Ditutup 3 Bulan Untuk Pendaki Mulai November

Jabatan Perhutanan Selangor telah menutup kesemua Hutan Simpanan Kekal Selangor bermula 1 November 2022 sehingga 31 Januari 2023 ekoran musim tengkujuh yang akan melanda Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain cafe hunting dan juga mencuba makanan baharu, mendaki juga merupakan salah satu aktiviti yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Ada yang menjadikan aktiviti ini sebagai cara untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan pada hujung minggu.

Namun berikutan musim tengkujuh yang dijangka melanda negara pada awal November ini, beberapa hutan simpanan kekal di Selangor akan ditutup buat sementara waktu.

Sumber: Cari Destinasi

Jabatan Perhutanan Selangor Tutup Hutan Simpanan Kekal Ekoran Musim Tengkujuh

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, jabatan tersebut telah mengeluarkan notis penutupan semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor.

Penutupan yang dibuat mulai 1 November 2022 sehingga 31 Januari 2023 itu dilakukan berikutan musim tengkujuh tidak lama lagi.

Dalam pada masa sama, penutupan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan tidak dingini yang berlaku kepada orang ramai.

Penutupan itu merupakan prosedur rutin yang dilakukan setiap tahun semasa musim tengkujuh apabila hujan lebat dijangka turun dengan lebih kerap.

Terdapat 10 eko-hutan di Selangor yang popular dalam kalangan pendaki iaitu;

  • Air Terjun Gabai
  • Sungai Chongkak
  • Sungai Tua
  • Taman Rimba Templer
  • Gunung Nuang
  • Sungai Sendat
  • Taman Rimba Ampang
  • Kanching
  • Sungai Tekala
  • Taman Rimba Komanwel

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati ketika musim tengkujuh di mana pihak MetMalaysia turut menjangkakan akan berlakunya banjir besar di beberapa buah negeri di Malaysia berikutan musim tengkujuh.

BACA JUGA: MetMalaysia Ramal Banjir Besar Pada Hujung November


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd