Ini Cara Memohon Permit Sebelum Lakukan Aktiviti ‘Hiking’
Jangan lupa mohon permit terlebih dahulu, barulah tak menangis kalau kena bayar saman nanti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak kebelakangan ini, banyak didengari segelintir individu telah didenda kerana tidak mempunyai permit untuk mendaki.
Untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku, sebaiknya semak semula sama ada kumpulan anda perlu memohon permit mendaki atau tidak sebelum melakukan aktiviti tersebut.
Anda boleh menyemak senarai tempat hiking yang memerlukan permit oleh Jabatan Perhutanan Selangor.
Ini cara-cara untuk anda memohon permit:
- Layari laman web Jabatan Perhutanan Selangor.
- Klik ‘Info Awam.’
- Pilih ‘Gerbang Perkhidmatan Awam.’
- Klik ‘Muat turun.’
- Muat turun borang yang dilabelkan di bawah ‘Permit.’
- Isi borang.
Setelah anda mengisi borang, jangan lupa untuk membuat tiga salinan borang tersebut.
Anda perlu membayar RM5/seorang di Pejabat Hutan Daerah melalui pos atau draf bank di bawah nama ‘Bendahari Negeri Selangor.’
Anda juga dinasihatkan untuk memohon permit sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh mendaki dan hanya boleh mendaki dalam kumpulan tujuh orang.
Beberapa hutan simpan kekal yang dibuka untuk mendaki di Selangor adalah:

Untuk lebih banyak lokasi mendaki di seluruh Malaysia, rujuk senarai ini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.