Now Reading
MetMalaysia Ramal Banjir Besar Pada Hujung November

MetMalaysia Ramal Banjir Besar Pada Hujung November

Pihak MetMalaysia menjelaskan bahawa perkara yang perlu dibimbangkan ialah jika berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, menyebabkan hujan berterusan akan berlaku di negeri-negeri yang berpotensi menyebabkan banjir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan bahawa Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan bermula pertengahan bulan November nanti.

Ia akan membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan tersebut.

Menurut laporan, cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan oleh kerana Monsun Timur Laut aktif pada tempoh berkenaan. Risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah menjelaskan bahawa fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan akan menyebabkan peningkatan taburan hujan.

METMalaysia meramalkan sepanjang bulan Oktober risiko bencana cuaca hanya membabitkan fenomena hujan ribut petir berpotensi menghasilkan angin kencang, hujan lebat serta banjir kilat dalam tempoh singkat dan berskala kecil. Kebanyakan tempat dijangka menerima taburan hujan normal sahaja dalam tempoh berkenaan.

Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada awal November, kemungkinan banjir besar berlaku adalah kurang. Bagaimanapun, mulai pertengahan November ada kemungkinan banjir besar berlaku terutamanya penghujung November. Namun begitu, jika pilihan raya dilaksanakan pada Disember, cuaca yang berlaku dijangka memberi impak yang lebih signifikan kerana angin Monsun Timur Laut adalah aktif pada tempoh itu, di mana risiko untuk berlaku hujan lebat berterusan dan banjir besar berskala besar adalah tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah kepada Berita Harian.

Kebiasaannya bermula akhir September hingga awal November, Malaysia akan mengalami fasa peralihan monsun.

Dalam tempoh ini lazimnya cuaca di seluruh negara adalah baik pada waktu pagi. Manakala pada sebelah petang hingga awal malam, ribut petir akan lebih kerap berlaku terutama di negeri-negeri pantai barat serta pedalaman Semenanjung, Sarawak (barat dan tengah) dan barat Sabah. Risiko untuk berlaku banjir kilat adalah tinggi dalam tempoh ini terutama di kawasan rendah di pantai barat Semenanjung.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah kepada Berita Harian.

Menurutnya lagi, Monsun Timur Laut kebiasaannya akan bermula pada pertengahan November.

Jadi dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah. Jadi dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah. Pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah kepada Berita Harian.

Bimbang Berlaku Luruan Monsun

Mengulas lanjut, Helmi menjelaskan perkara yang perlu dibimbangkan ialah jika berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, menyebabkan hujan berterusan akan berlaku di negeri-negeri yang berpotensi menyebabkan banjir.

Jika berlaku luruan monsun yang kuat dan serentak dengan kemunculan sistem tekanan rendah, maka risiko untuk berlaku banjir besar adalah tinggi. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah kepada Berita Harian.

Helmi turut menjelaskan bahawa perubahan cuaca kerap hujan dan ribut perit ketika ini adalah disebabkan Monsun Barat Daya yang lemah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd