Now Reading
Nenek Berusia 80 Tahun Mampu Sampai Ke Puncak Gunung Dalam Masa 2 Jam

Nenek Berusia 80 Tahun Mampu Sampai Ke Puncak Gunung Dalam Masa 2 Jam

Ramai pendaki yang hulurkan bantuan tongkat tetapi nenek ini hanya menolak pemberian itu dengan baik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kebiasaannya kita lihat warga emas yang sudah berumur lebih gemar berehat di rumah sambil melakukan aktiviti ringan seperti bercucuk tanam, menjahit, membaca buku dan sebagainya.

Jaranglah kita nak tengok nenek dan atuk kita buat aktiviti lasak.

Bila umur dah meningkat tua, mereka lebih gemar bersantai dan main dengan cucu-cucu yang comel.

Tapi, ada pula sesetengah daripada mereka yang masih bertenaga untuk melakukan aktiviti lasak.

Nenek boleh sampai puncak gunung dalam masa dua jam je. Hebat!

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Siti Zaharah Abdullah berusia 80 tahun menjadi bualan orang ramai apabila tular di media sosial mengenai kemampuannya sampai ke puncak Gunung Datuk hanya dalam masa dua jam.

Bayangkan, wanita itu mendaki gunung tanpa memerlukan sebarang alat bantuan seperti tongkat ataupun kayu.

Pendakian yang dilakukan bersama anak sulungnya, Esah Hitam berusia 59 tahun pada Ahad lalu sebenarnya perancangan di saat akhir selepas hasrat untuk melawat saudara di Melaka dibatalkan.

Kredit: Malaysia Dateline

Siti Zaharah memberitahu kepada Utusan Malaysia bahawa dia teringin untuk melihat matahari terbenam dan minum air tempayan di gua berhampiran puncak gunung tersebut.

Pendakiannya yang bermula pada jam dua petang mengejutkan ramai pendaki di sana.

Ramai juga yang menghulurkan tongkat kepadanya tetapi dia hanya menolak pemberian itu dengan baik.

Rasa seronok sangat tak tahu nak cakap macam mana. Saya tak rasa penat malah rasa ringan. Pada waktu itu, ada juga yang mahu mengambil gambar saya.

Siti Zaharah Abdullah.
Kredit: Malaysia Dateline

Kongsi rahsia kekal sihat dan cergas

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia disebalik kekuatannya sehingga boleh mendaki gunung pada usia 80 tahun.

Menurut Siti Zaharah, dia mengamalkan minum air basuhan tangannya sendiri selepas makan dan mengurangkan makan makanan berdaging seperti ayam.

Selepas makan, biasanya saya akan basuh tangan di dalam pinggan yang sama, kemudian selawat tiga kali dan saya akan minum air itu.

Siti Zaharah Abdullah.

Selain itu, dia juga konsisten bangun tidur sebelum Subuh dan mengemas di dalam serta di luar rumah untuk mengeluarkan peluh.

Kredit: Malaysia Dateline

Anak terkejut ada netizen tuduh yang bukan-bukan

Sementara itu, anak keempatnya yang dikenali sebagai Sarmah Hitam turut terkejut apabila ibu dan kakak sulungnya telah tular di media sosial.

Apa yang mengejutkan Sarmah adalah apabila dia terjumpa komen netizen mengatakan ibunya terlibat dengan perkara yang bukan-bukan sehingga boleh menjadi kuat sedemikian.

Terkejut saya baca komen. Emak ada 15 orang anak. Mungkin ketika membesarkan kami adik-beradik, emak terpaksa memendam dahulu minat yang ingin dilakukannya.

Sarmah Hitam.

Kadang-kadang mak ayah kita terpaksa korbankan minat mereka demi nak membesarkan anak-anak.

Bila dah berusia sedikit, baru ada masa untuk buat aktiviti yang diminati. Tapi, apa-apa pun memang tabiklah dekat nenek yang boleh sampai ke puncak gunung.

Kami yang orang biasa ni pun belum tentu boleh sampai sana. Kalau sampai pun, mungkin tak cukup nafas dah agaknya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd