Now Reading
Tambang Tol Di 6 Lebuhraya Sekitar Lembah Klang Dikurangkan Mulai 20 Oktober

Tambang Tol Di 6 Lebuhraya Sekitar Lembah Klang Dikurangkan Mulai 20 Oktober

Antara lebuh raya sekitar Lembah Klang yang akan memberi pengurangan tambang tol adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH) dan juga Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berita baik untuk penduduk sekitar Lembah Klang.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman akan menurunkan tambang tol di enam buah lebuh raya utama di Lembah Klang.

Keputusan ini dibuat bagi mengurangakn kos sara hidup rakyat yang dilihat semakin membebankan.

Menurut laporan The Star, kerajaan juga telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).

Penstrukturan semula itu dapat menjimatkan RM8.8 bilion pampasan kerajaan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi terbabit.

Sumber: PLUS Malaysia via Malay Mail

Empat lebuh raya di bawah Prolintas akan menurunkan tambang tol berkuat kuasa mulai 12.01 pagi pada 20 Oktober.

Empat lebuh raya tersebut adalah:

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK)

Dua lagi lebuh raya di bawah IJM Corporation Berhad juga akan mengurangkan tambang tol pada 1 Januari 2023.

Dua lebuh raya tersebut adalah:

  • Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)
  • Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)

Pengumuman itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan pada awal November dan sebelum berlakunya musim tengkujuh.

Menurut The Vibes, Ismail Sabri juga berkata kerja-kerja tebatan banjir akan dijalankan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 bagi menguruskan masalah banjir berterusan di jalan raya berkenaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd