Now Reading
LRT Bukit Jalil Operasi Sehingga 1 Pagi Mulai 1 Oktober Ini

LRT Bukit Jalil Operasi Sehingga 1 Pagi Mulai 1 Oktober Ini

Rapid KL mengumumkan perubahan waktu operasi itu bagi memudahkan penumpang yang menghadiri acara di Kompleks Sukan Negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, memang agak susah untuk balik ke rumah menggunakan transit aliran ringan (LRT) lebih-lebih lagi apabila menghadiri acara yang tamat pada tengah malam.

Tetapi jangan risau ada berita baik kepada semua pengguna LRT sekalian!

Baru-baru ini, Rapid KL membuat pengumuman tentang waktu operasi pengangkutan tersebut untuk memudahkan perjalanan pengguna.

Memetik laporan Malay Mail, Rapid KL telah melanjutkan waktu perkhidmatan di stesen LRT Bukit Jalil sehingga jam 1:00 pagi mulai 1 Oktober ini bagi menampung keperluan mereka yang ingin menghadiri acara di Kompleks Sukan Negara.

Rapid KL juga akan melanjutkan waktu operasi stesen penghubung untuk membawa penumpang ke destinasi terakhir mereka.

Bagi memastikan perjalanan lebih lancar, penumpang juga dinasihatkan untuk menggunakan Touch N’ Go.

Perubahan waktu operasi tersebut dilihat akan memudahkan perjalanan pulang ke rumah bagi pengunjung konsert Cuckoo Appreci8th pada 1 Oktober ini jam 6:00 petang hingga 12:00 pagi di Axiata Arena.

Pada hari yang sama juga, Riway International’s Leaders Recognition Night – Rise of the Heroes turut berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Acara tersebut menampilkan persembahan daripada ‘Pop Maestro’ Harlem Yu, ‘King of Classics’ Sky Wu dan ‘King of Ballads’ Sam Lee.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd