Now Reading
HappyFresh Umum Tutup Operasi Di Malaysia Lepas 7 Tahun

HappyFresh Umum Tutup Operasi Di Malaysia Lepas 7 Tahun

HappyFresh memaklumkan mereka tiada pilihan lain selain menutup operasi sepenuhnya di Malaysia atas faktor ekonomi semasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kepada pengguna setia HappyFresh, ada berita sedih untuk anda semua.

Baru-baru ini, perkhidmatan penghantaran barangan runcit HappyFresh membuat pengumuman menerusi laman Facebook (HappyFresh) bahawa mereka akan menutup operasinya sepenuhnya di Malaysia selepas 7 tahun.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menyatakan bahawa mereka tiada pilihan lain selain terpaksa menghentikan operasi serta-merta atas faktor ekonomi semasa.

Syarikat itu sebelum ini telah memberikan pekerjaan kepada 850 individu serta perniagaan barangan.

Pengumuman itu membuat ramai pelanggan menyatakan kesedihan atas penutupan tersebut kerana majoriti orang ramai mengenang jasa perkhidmatan penghantaran barangan runcit mereka semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, pelanggan yang mempunyai baucar dan kod diskaun sebelum ini juga tidak dapat menggunakannya lagi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd