Now Reading
5 Graduan UiTM Terlibat Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen

5 Graduan UiTM Terlibat Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen

Kesemua mangsa yang dalam perjalanan ke majlis konvokesyen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam adalah berusia 21 tahun.

5 Graduan UiTM Terlibat Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Konvokesyen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hasrat lima orang wanita untuk menghadiri majlis konvokesyen bersama-sama di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bertukar tragedi selepas mereka terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan awal pagi tadi (22 September).

Nahas kemalangan itu dilaporkan berlaku di Kilometer 396 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam.

Sumber: Harian Metro

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Noor Azam Khamis memaklumkan sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu serta Tanjung Malim segera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5:35 pagi.

Berdasarkan laporan awal, kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga yang dinaiki oleh lima wanita berusia 21 tahun itu telah terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Noor Azam Khamis.
Sumber: Harian Metro

Dalam kejadian tersebut, seorang daripada mereka cedera parah akibat tersepit di bahagian depan manakala empat lagi mangsa hanya cedera ringan.

Norazam menjelaskan kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Slim River bagi menerima rawatan selanjutnya.

BACA JUGA: Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd