Now Reading
Lelaki Di Terengganu Maut Tercekik Sup Tulang Yang Dijamah Buat Pertama Kali

Lelaki Di Terengganu Maut Tercekik Sup Tulang Yang Dijamah Buat Pertama Kali

Mangsa sempat meminta pertolongan ibunya ketika tercekik daging daripada sup tulang yang dijamah di dapur.

tercekik sup tulang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ajal, maut dan rezeki semuanya di tangan Tuhan. Tak kira tua atau muda, kita semua perlu bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut.

Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Wan Azlan berusia 28 tahun dilaporkan meninggal dunia pada Selasa (12 Julai) selepas mengalami sesak nafas dipercayai akibat tercekik daging di dalam hidangan sup tulang.

Memetik laporan Harian Metro, kakak mangsa iaitu Wan Suria Wan Ishak memaklumkan adiknya pada hari berkenaan pertama kali menjamah hidangan juadah singgang daging lembu tersebut.

Kalau diikutkan, dia tidak pernah makan singgang daging lembu kerana lauk kegemarannya adalah ayam. Adik saya tak makan ikan kerana trauma tercekik tulang ikan.

Kakak mangsa Wan Surian Wan Ishak.

Mangsa tidak berjaya diselamatkan dan meninggal dunia

Pada hari itu, adiknya yang bekerja sebagai kerani di kedai perkakasan baru sahaja pulang dari tempat kerja pada jam 5.15 petang dan kebetulan pula orang tua mereka juga berada di rumah.

Mungkin kerana terlalu lapar selepas balik dari kerja, mangsa dipercayai terus menjamah hidangan daging tersebut di dapur sebelum tercekik.

Mungkin disebabkan lapar baru balik dari kerja, dia terus memakan sahaja sup berkenaan walaupun urat daging itu agak liat dan susah untuk hancur.

Kakak mangsa Wan Surian Wan Ishak.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Koleksi Resepi)

Ketika kejadian, mangsa sempat meminta tolong daripada ibu mereka dan memberitahu bahawa dia tercekik serta sukar bernafas. Cemas dengan situasi itu, pihak keluarga segera membawa mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Besut sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 5.50 petang.

Wan Suria juga memaklumkan jenazah adiknya selamat dikebumikan kira-kira jam 12 malam di Tanah Perkuburan Kampung Padang Landak.


Ibu seolah-olah ada firasat anaknya akan ‘pergi’

Wan Suria bercerita kepada Harian Metro bahawa ibunya seolah-olah mempunyai firasat anak lelakinya itu akan ‘pergi’ meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Mungkin naluri seorang ibu pada raya kedua AidilAdha kerana secara tiba-tiba mak saya berkata jika Azlan tiada pasti mereka sukar untuk melakukan aktiviti seharian kerana dia banyak membantu memudahkan urusan keluarga.

Kakak mangsa Wan Surian Wan Ishak.

Wan Suria meluahkan pemergian adiknya pada hari raya ketiga AidilAdha cukup mengejutkan dan dia redha dengan takdir tersebut.

Arwah adiknya itu amat rapat dengan ahli keluarga dan disenangi oleh semua kenalannya kerana dikenali dengan sikap peramah, suka tersenyum dan membantu sesiapa sahaja.

Kami mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

BACA JUGA: Ibu Bapa Waspada Bila Anak Kecil Keracunan Makanan. Boleh Bawa Maut!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd