Now Reading
Ibu Bapa Waspada Bila Anak Kecil Keracunan Makanan. Boleh Bawa Maut!

Ibu Bapa Waspada Bila Anak Kecil Keracunan Makanan. Boleh Bawa Maut!

Kuman daripada makanan yang masih mentah boleh memasuki salur darah dan merebak ke seluruh badan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kanak-kanak dan makanan memang tidak dapat dipisahkan. Tunjuklah makanan apa pun, mesti mereka nak minta rasa sikit, betul tak?

Sampai ada yang terpaksa sorok bungkusan makanan sebab tak mahu adik-adik yang lain nampak.

Sampai macam tu sekali pun ada.

Tapi sebenarnya, tak salah pun kalau nak bagi mereka rasa sikit. Yang penting makanan itu elok untuk dimakan.

Ibu sedih tengok anak sakit

Kenapa penting untuk pastikan makanan elok dan tidak mentah? Ada sebabnya.

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan iaitu Dr. Ahmad Luqman Bukhari berkongsi kisah di laman Twitter miliknya apabila seorang ibu membawa anaknya ke hospital selepas terkena keracunan makanan.

Menurut wanita itu, dia hanya menjamu masakan sendiri kepada anaknya. Pelik juga macam mana boleh berlaku keracunan makanan.

Ibu mana yang tak sedih bila tengok anak kesayangan mereka meronta-ronta kesakitan.

Lebih-lebih lagi jika mereka masih kecil. Sayu betul hati kita yang melihat.

Tak sampai hati kita tengok budak yang masih kecil terpaksa dicucuk jarum untuk menerima rawatan di hospital.

Selepas teringat semula, wanita ini akui bahawa dia ada menyuapkan nasi ayam yang dibawa balik dari tempat kerja kepada anaknya itu.

Pada awalnya dia sudah perasan terdapat kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam.

Tapi disebabkan anaknya tidak berhenti meminta untuk rasa sedikit, jadi ibu ini merasa serba salah jika tidak diberi.

Bahaya beri budak makanan mentah

Menurut doktor tersebut, kes kanak-kanak terkena keracunan makanan memang selalu berlaku. Boleh dikatakan kebanyakkannya berpunca daripada bahagian ayam yang tidak masak.

Lebih memudaratkan jika kanak-kanak itu mempunyai imuniti yang rendah.

Bukan setakat muntah dan cirit-birit, mereka juga boleh berdepan risiko maut apabila kuman daripada makanan mentah tersebut memasuki salur darah.

Untuk ibu bapa di luar sana, perhatikan keadaan makanan terlebih dahulu sebelum beri kepada anak-anak anda.

Berikut adalah tanda-tanda ayam yang tidak cukup masak dan perlu dielakkan dari memakannya.


Jangan sebarangan dengan makanan yang masih mentah. Silap hari bulan, kena masuk hospital dan lebih menakutkan apabila boleh membawa maut.

Buat ibu bapa di luar sana, periksa dahulu makanan anak-anak anda. Mereka mungkin masih kurang mahir dalam bab ini.

Mungkin dengan cara memberi pendedahan kepada mereka tentang bahaya memakan makanan mentah boleh menyelamatkan mereka pada masa akan datang.

Buat para peniaga pula, pastikan makanan cukup dimasak terlebih dahulu sebelum menjualnya kepada pelanggan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd