Kes Tinggal Mayat Anak: Dua Individu Terlibat Bukan Pasangan Suami Isteri
Mayat kanak-kanak berusia dua tahun itu juga difahamkan telah dituntut oleh bapa kandung untuk dikebumikan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, dua individu yang pada mulanya disangka pasangan suami isteri telah terlibat dalam satu kemalangan dengan kenderaan mereka jenis Proton Iswara Aeroback di Jalan Sungai Kelamah – Jelai – Gemas, Tampin pada jam 11:30 malam pada 26 Jun lalu.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila kedua-dua suspek dilaporkan melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda (4×4) jenis Toyota Hilux dan meninggalkan mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang telah digilis oleh kenderaan lain di lokasi kejadian.
Pacuan empat roda itu pula merupakan kenderaan yang dicuri oleh mereka berdua sebaik pengguna jalan raya tersebut berhenti untuk memberikan bantuan awal.
BACA LANJUT: Suami Isteri Kemalangan, Nekad Tinggal Mayat Anak & Rompak Kereta Orang Lain
Kedua-dua Suspek Bukan Suami Isteri
Semalam (29 Jun), laporan menyatakan bahawa kedua-dua suspek yang terlibat dan kini ditahan reman oleh pihak berkuasa bukanlah pasangan suami isteri seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Malah, kedua-dua mereka turut memiliki rekod jenayah lampau.
Suspek lelaki mempunyai 14 kesalahan narkotik. Manakala, suspek wanita pula mempunyai satu rekod kesalahan narkotik.
Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, “Suspek lelaki telah direman selama empat hari bermula Isnin lalu di Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985 hingga hari ini (30 Jun), manakala bagi kesalahan mencuri kenderaan pula, reman akan dimohon esok.
“Pasangannya yang juga ibu mangsa hanya dikenakan reman selama sehari bagi membantu siasatan. Kedua-duanya positif dadah dalam ujian urin yang dilaksanakan.”
Untuk rekod, kedua-dua suspek berjaya ditahan oleh pihak berkuasa di rumah Felda Bukit Jalor dan pemeriksaan ke atas kenderaan suspek mendapati mereka memiliki dadah.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.