Now Reading
Suami Isteri Kemalangan, Nekad Tinggal Mayat Anak & Rompak Kereta Orang Lain

Suami Isteri Kemalangan, Nekad Tinggal Mayat Anak & Rompak Kereta Orang Lain

Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 – 30an itu dilaporkan telah melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda (4×4) jenis Toyota Hilux setelah mengalami kemalangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian tidak masuk akal telah berlaku baru-baru ini apabila pasangan suami isteri di Negeri Sembilan dilaporkan nekad dan sanggup meninggalkan mayat anak berusia dua tahun di lokasi kemalangan.

Pada mulanya, pasangan ini telah mengalami kemalangan dengan kenderaan mereka jenis Proton Iswara Aeroback di Jalan Sungai Kelamah – Jelai – Gemas, Tampin pada jam 11:30 malam pada 26 Jun lalu.

Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 – 30an setelah itu dilaporkan telah melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda (4×4) jenis Toyota Hilux.

Paling parah, kenderaan tersebut adalah milik seorang pengguna jalan raya lain yang pada ketika itu telah berhenti untuk menghulurkan bantuan awal kepada kedua-dua suspek sejurus melihat mereka terlibat dalam kemalangan.


Kanak-kanak Digilis Kenderaan Lain, Maut Di Tempat Kejadian.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab menjelaskan kemalangan tersebut berlaku ketika pasangan suami isteri ini bersama seorang anak berusia dua tahun dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor.

Setibanya di lokasi kejadian, suspek iaitu si suami yang memandu kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback itu cuba memotong sebuah lori sebelum gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan.

Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali sebelum bergesel dengan sebuah lori. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah tercampak di tengah-tengah jalan raya telah digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab.

Kedua-dua Suspek Berjaya Ditahan.

Gambar sekadar hiasan.
(Sumber: Freepik)

Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek yang terlibat berjaya ditahan oleh pihak berkuasa di kediaman mereka di Felda Bukit Jalor. Mengulas lanjut, setelah pemeriksaan ke atas kenderaan mereka dilakukan, pihak polis juga menemui dadah.

Pihak polis dilaporkan telah membuka tiga kertas siasatan iaitu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd