Now Reading
SPM 2021: 9,696 Pelajar Peroleh A Untuk Semua Mata Pelajaran

SPM 2021: 9,696 Pelajar Peroleh A Untuk Semua Mata Pelajaran

Ketua Pengarah Pendidikan Nor Zamani Abdol Hamid berkata gred purata nasional yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

spm 2021

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!

Ketua Pengarah Pendidikan Nor Zamani Abdol Hamid mengumumkan hari ini bahawa seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 yang diadakan hari ini, beliau berkata gred purata nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

Nilai GPN lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Untuk rekod, GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

Sebanyak 55.29% calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan Nor Zamani Abdol Hamid

Manakala, calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09% daripada 407,097 calon yang mendaftar.

BERITA LANJUT MENYUSUL


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd