Now Reading
Lelaki Warga Emas Temui Ajal Dalam Tandas Awam Di Perak

Lelaki Warga Emas Temui Ajal Dalam Tandas Awam Di Perak

Mayat lelaki warga emas dalam lingkungan usia 60-an ditemui di tandas awam berhampiran Gerai Rakyat 1 Malaysia, Jalan Wah Keng Jooi, Perak.

warga emas meninggal dalam tandas awam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kejadian penemuan mayat di tempat awam bukanlah pertama kali berlaku di Malaysia kerana pernah juga dilaporkan beberapa kes sebelum ini.

Situasi hampir sama kini berulang apabila orang awam menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan duduk di atas kerusi plastik di tandas awam berhampiran Gerai Rakyat 1 Malaysia, Jalan Wah Keng Jooi, Perak kira-kira pada jam 7.45 pagi semalam (31 Mei).

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, kali terakhir warga emas itu dilihat adalah pada petang kelmarin dan dikatakan tinggal di tandas awam untuk menumpang berteduh.

Seorang penjaga gerai memberitahu bahawa warga emas berkenaan dikenali sebagai Wak Mail dan sudah berada di kawasan itu sejak lima tahun lalu. Namun, asal usulnya tidak diketahui kerana tidak pernah melihat kelibat ahli keluarganya datang berjumpa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri.

Polis mohon bantuan orang awam bantu siasatan

Selepas pemeriksaan dilakukan, mayat lelaki itu dipercayai berbangsa Melayu, tidak bekerja dan tiada kecederaan fizikal daripada perbuatan jenayah.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk menjalankan proses bedah siasat serta ujian pengesanan Covid-19.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis juga meminta bantuan orang ramai yang mengenali warga emas itu untuk tampil membantu bagi mengesan waris terdekat.

Kepada anda yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, boleh segera menghubungi Inspektor Al Ikhsan Borhan di talian 017-6731800 bagi membantu siasatan.

BACA JUGA: Mayat Lelaki Malaysia Hilang Sejak 2 Tahun Lepas Didakwa Ditemui Pihak Polis Australia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd