Now Reading
Mayat Lelaki Malaysia Hilang Sejak 2 Tahun Lepas Didakwa Ditemui Pihak Polis Australia

Mayat Lelaki Malaysia Hilang Sejak 2 Tahun Lepas Didakwa Ditemui Pihak Polis Australia

Jacky Chong Kai Wong yang dilaporkan hilang selama dua tahun didakwa ditemui oleh pihak polis Australia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, seorang rakyat Malaysia bernama Jacky Chong Kai Wong dilaporkan hilang di Australia sejak tahun 2020 sehingga kini.

Lelaki berusia 25 tahun itu yang tinggal di Sydney, Australia kali terakhir berjaya dihubungi keluarganya di Malaysia adalah pada Isnin, 28 Disember 2020.

Kehilangan warga Malaysia ini turut mendapat perhatian pihak berkuasa anatarabangsa pada Ogos 2021.

BACA JUGA: [Viral] Rakyat Malaysia Dilaporkan Hilang Sejak 2 Tahun Lalu Di Australia, Rayu Kerjasama Orang Ramai

Polis dakwa temui mayat mangsa

Pihak polis Australia memaklumkan mereka telah menemui satu mayat lelaki dipercayai warga Malaysia yang hilang sejak dua tahun lepas.

Mayat tersebut ditemui di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, Australia pada Ahad (3 April 2022).

Sumber: NSW Police

Pihak polis percayai Chong sudah meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021.

Walau bagaimanapun, mayat mangsa akan menjalani pemeriksaan forensik dan proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti sebenar.

Sumber: NSW Police

Menurut laporan, pasukan petugas polis yang menyiasat sindiket dadah pada tahun 2021 mendapati warga Malaysia berusia 24 tahun itu telah menghilangkan diri.

Berikutan itu, tiga lelaki berusia 33, 22 dan 28 tahun telah dipercayai terlibat atas Jacky Chong Kai Wong dan bakal didakwa di mahkmah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd