Now Reading
PM Terima Ijazah Kehormat Kedoktoran Di Jepun Atas Sumbangan Perangi Covid-19

PM Terima Ijazah Kehormat Kedoktoran Di Jepun Atas Sumbangan Perangi Covid-19

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon atas sumbangannya dalam memerangi Covid-19.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bermula pada awal tahun 2020, dunia telah dilanda dengan satu wabak dikenali sebagai Covid-19 dan Malaysia juga tidak terkecuali. Berikutan itu, pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan untuk membendung wabak ini daripada terus menular.

Bermula 1 April lalu, Malaysia telah memasuki fasa endemik apabila pelbagai kelonggaran telah diberikan kepada rakyat seperti tidak perlu memakai pelitup muka di sesetengah kawasan.

Kejayaan membendung wabak Covid-19 telah mendapat pengiktirafan daripada universiti terkemuka di Jepun apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon.

Anugerah yang diterima daripada Presiden Universiti Nihon Dr Naoto Kato ini bukan untuk diri saya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang telah bekerjasama bagi menghadapi pandemik ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sumber: Kosmo

Mengimbau kembali ketika negara dilanda pandemik, Ismail Sabri pada ketika itu diberi tanggungjawab menjadi Menteri Kanan Pertahanan Kluster Keselamatan pada Mac 2020 dan juga mempengerusikan mesyuarat khas menteri-menteri dalam memerangi wabak Covid-19.

Malaysia juga pernah diiktiraf oleh beberapa agensi lain seperti Bloomberg dan Nikkei sebagai salah satu negara terbaik dalam menangani pandemik Covid-19.

BACA JUGA: Malaysia Bakal Memasuki Fasa Endemik Mulai 1 April Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd