Now Reading
Malaysia Bakal Memasuki Fasa Endemik Mulai 1 April Ini

Malaysia Bakal Memasuki Fasa Endemik Mulai 1 April Ini

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan walaupun bakal memasuki fasa endemik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan ketika sidang media bahawa Malaysia bakal memasuki fasa endemik bermula 1 April ini.

Ketika berada dalam fasa endemik tersebut, waktu operasi untuk kesemua perniagaan akan berjalan tanpa had tetapi pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.

Penjarakan sosial juga tidak diwajibkan lagi di masjid dan tempat ibadah yang lain.

Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’

Bermula 1 April 2022:
• Aktiviti solat jemaah di masjid atau surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Walau bagaimanapun, pelaksanaan tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

• Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing sehingga 24 jam mengikut lesen operasi.

• Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih diwajibkan.

• Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi pengunjung.

• Keperluan vaksinasi:
– Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
– Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

• Had kapasiti 50% untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan secara menyeluruh. Tiada lagi had kapasiti 50%. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd