Now Reading
‘Surau Bergerak’ Di Terengganu Jadi Yang Pertama Terima Lesen Dari JPJ

‘Surau Bergerak’ Di Terengganu Jadi Yang Pertama Terima Lesen Dari JPJ

Surau bergerak tersebut kini telah mendapat Lesen Kenderaan Motor (LKM) dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Warga Terengganu pasti mengetahui tentang kewujudan surau bergerak yang pernah tular sebelum ini terletak di Food Truck Drawbridge, Kuala Terengganu.

Siapa sangka bas sekolah tersebut telah berjaya ditransformasikan dengan interior yang cantik dan selesa menjadi surau bergerak oleh Pengerusi Terengganu Food Truck iaitu Yusuf Hadi Al Hafidz Sapai.

Keberadaan surau bergerak itu telah memberi kemudahan kepada para pengunjung di food truck tersebut untuk mengerjakan ibadah solat dengan selesa.

Sumber: Facebook Yusufhadi Alhafidz

Surau bergerak itu juga dilengkapi pendingin hawa, tempat wuduk, ruang luas untuk solat berjemaah, lampu, jam waktu solat dan bumbung bagi memberi ruang kepada mereka yang ingin solat di luar kenderaan.

BACA JUGA: [Foto] Surau Bergerak Ini Dulunya Adalah Bas Mini. Menarik Betul!

Sumber: Facebook Yusufhadi Alhafidz

JPJ beri pengiktirafan kepada surau bergerak ini

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Yusuf Hadi juga meluahkan rasa gembira selepas surau bergerak yang diwujudkan itu akhirnya mendapat bantuan lesen serta undang-undang daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu.

Hasil sumbangan orang ramai, proses ubah suai dengan kos hampir RM40,000 ini berjaya direalisasikan dan saya amat berterima kasih kepada JPJ Terengganu kerana berjaya mendaftarkannya secara sah di bawah kod badan Bas Perkhidmatan Bergerak mengikut peraturan.

Pengerusi Terengganu Food Truck Yusuf Hadi Al Hafidz Sapai.

Lesen Kenderaan Motor (LKM) Surau Bergerak diserahkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Zailani Haji Hashim kepada Pengerusi Yusuf Hadi ketika berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JPJ Negeri Terengganu Tahun 2022 bertempat di Perkarangan Dewan Putra, JPJ Negeri Terengganu semalam (22 Mei).

Sumber: Facebook JPJ Terengganu

Sementara itu, Zailani turut berkata ketika sidang media bahawa JPJ akan bersedia membantu mana-mana pihak untuk mengubah suai kenderaan menjadi surau bergerak seperti mana dilakukan Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Terengganu sebagai tanggungjawab sosial mereka.

Tidak semestinya umat Islam sahaja, bangsa dan agama lain yang berhasrat melakukan ubah suai kenderaan untuk memberi manfaat kepada orang ramai juga akan dibantu supaya ianya mematuhi spesifikasi dan peraturan ditetapkan oleh JPJ.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Zailani Haji Hashim.

Semoga dengan adanya kemudahan surau bergerak ini dapat memudahkan umat Islam untuk melakukan ibadah solat dengan lebih mudah dan selesa di kawasan tersebut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd