Now Reading
Penjawat Awam Selangor Bakal Terima Bantuan Raya Minimum RM1,000

Penjawat Awam Selangor Bakal Terima Bantuan Raya Minimum RM1,000

Bantuan Khas Kewangan (BKK) akan diberikan kepada penjawat awam di Selangor mulai 27 April ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kerajaan mengumumkan penjawat awam di negeri Selangor bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK itu juga diberikan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) termasuklah Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Dewan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri.

BKK ini diperuntukkan kepada penjawat awam bagi menghargai usaha mereka yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memakmurkan negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Sumber: Malay Mail

Kerajaan Selangor telah memperuntukkan kewangan berjumlah RM39.15 juta dan pengagihan BKK akan bermula 27 April ini.

Pembayaran BKK yang juga dinamakan Insentif Rahmah Ramadan Selangor turut diberikan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).

Dalam masa sama, sebanyak RM500 juga disediakan bagi Penggerak Belia Selangor (PeBs).

Kerajaan negeri turut bersetuju untuk memberi RM500 kepada penggerak masjid seperti Nazir, Imam, Siak dan Bilal atas usaha mereka bagi mengimarahkan rumah ibadat sepanjang Ramadan ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

BACA JUGA: PM Announces A Special RM500 Aidilfitri Aid For Civil Servants


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd