Now Reading
Kesatuan Eropah Iktiraf Sijil Vaksinasi Digital Melalui Aplikasi MySejahtera

Kesatuan Eropah Iktiraf Sijil Vaksinasi Digital Melalui Aplikasi MySejahtera

Sijil vaksinasi digital di dalam aplikasi MySejahtera kini sudah mendapat pengiktirafan oleh Kesatuan Eropah (EU) di bawah Peraturan (EU) 2021/953.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kesatuan Eropah (EU) kini sudah mengiktiraf sijil vaksinasi digital di dalam aplikasi MySejahtera serta ujian saringan Covid-19 dikendalikan di Malaysia.

Perkara itu dikongsikan oleh Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia Michalis Rokas melalui laman Twitter rasmi miliknya (@MichalisRokasEU) semalam (4 April).

Kesatuan Eropah telah bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk mewujudkan penyelarasan antara Sijil Covid Digital EU dan MySejahtera Malaysia bagi menggalakkan faktor ekonomi serta pelancongan.

Keputusan itu telah berkuat kuasa mulai Isnin lalu (4 April 2022) di bawah Peraturan (EU) 2021/953.

Vaksin jenis Sinovac masih dinilai

Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan permohonan kepada suruhanjaya ini untuk melakukan ujian teknikal bagi menunjukkan bahawa sijil vaksinasi Malaysia adalah mengikut Sistem Pengurusan Vaksin.

Walaupun sijil vaksin sudah diiktiraf, keputusan itu tidak menjelaskan sama ada pihak mereka memperakui semua jenis vaksin yang diberikan oleh Malaysia termasuklah Sinovac.

Sumber: South China Morning Post

Terdahulu, dua rakyat Malaysia terpaksa kembali semula ke negara asal mereka selepas didakwa dihalang memasuki Jerman gara-gara menerima vaksin jenama Coronavac keluaran firma Sinovac Biotech dari China berserta dos penggalak jenis Pfizer.

BACA JUGA: 2 Rakyat Malaysia Dihalau Masuk Jerman Gara-gara Terima Vaksin Sinovac

Menurut laporan, Agensi Perubatan Eropah (EMA) hanya mengiktiraf vaksin jenis Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Novavax manakala suntikan Sinovac pula masih dinilai sejak 4 Mei 2021.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd