Now Reading
Rafizi Ramli Bakal Buat ‘Comeback’ Dalam Dunia Politik Lepas 2 Tahun Berehat

Rafizi Ramli Bakal Buat ‘Comeback’ Dalam Dunia Politik Lepas 2 Tahun Berehat

Rafizi Ramli juga akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pemilihan akan datang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Rafizi Ramli baru-baru ini telah mengumumkan bakal kembali bergiat aktif dalam bidang politik selepas dua tahun berehat.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Twitter miliknya (Rafizi Ramli), beliau memaklumkan bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR melalui pemilihan parti akan datang.

Keputusan itu dibuat apabila melihat parti tersebut menjadi pilihan ketiga rakyat selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Negeri Johor yang lalu.

Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan akan datang.

Rafizi Ramli.

Ramai penyokong sambut baik

Pengumuman itu sudah semestinya membuatkan ramai penyokong berbesar hati menerima semula Rafizi Ramli untuk kembali bergiat dalam dunia politik.

Welcome back Rafizi Ramli!

Semoga dunia politik Malaysia akan lebih sihat dan dapat membantu masyarakat dalam apa jua cara.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd