“Elak Tipu Result” – KKM Digesa Beri Senarai Jenama Kit Ujian Pantas Antigen Yang Diluluskan
Punca keputusan kit ujian pantas memaparkan keputusan positif Covid-19 dalam video tular sebelum ini disebabkan kit tiada kelulusan KKM.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak kebelakangan ini, penipuan keputusan positif Covid-19 demi mendapatkan cuti kuarantin dalam kalangan pekerja dikatakan semakin berleluasa.
Yang negatif pun dikatakan positif semata-mata nak dapatkan cuti.
Oleh yang demikian, Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam Dr Hanafiah Bashirun meminta jenama berkenaan perlu disenaraikan dalam aplikasi MySejahtera untuk rujukan orang ramai terutama pekerja dan majikan.
Saya syorkan semua kit ujian pantas yang diluluskan perlu ada kod respons pantas (QR) yang dipautkan terus ke aplikasi MySejahtera. Contohnya apabila keputusan positif, pengguna boleh imbas kod QR pada kit ujian pantas itu untuk memasukkan keputusan dan ia dapat mengelakkan berlaku penipuan sebegini.
Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam Dr Hanafiah Bashirun menerusi Sinar Harian.

Menerusi laporan Sinar Harian, Dr Hanafiah turut menjelaskan sekiranya hanya kit ujian pantas yang diluluskan digunakan untuk pengesanan maka penipuan keputusan demi kepentingan diri itu dapat dicegah daripada berlaku.
Mengulas lanjut, beliau berkata punca keputusan kit ujian pantas memaparkan keputusan positif Covid-19 dalam video tular sebelum ini disebabkan kit tiada kelulusan KKM.
Kit yang tak lulus KKM itu kalau kita lalukan air di atasnya akan tunjukkan keputusan positif. Sebab itu, KKM perlu keluarkan senarai nama RTK Antigen yang diluluskan atau dibenarkan sekali gus memastikan keputusan dimuat naik ke dalam MySejahtera tepat.
Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam Dr Hanafiah Bashirun menerusi Sinar Harian.
Untuk rekod, sebelum ini pernah tular di Facebook satu rakaman video keputusan kit ujian pantas menunjukkan tanda positif apabila diuji menggunakan sampel air paip sekali gus membolehkan individu menipu keputusan saringan Covid-19.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



