Now Reading
KKM Siap Siaga Susulan Situasi Semasa & Perubahan Polisi Covid-19 Di China

KKM Siap Siaga Susulan Situasi Semasa & Perubahan Polisi Covid-19 Di China

Secara keseluruhannya, trend pelaporan kes COVID-19 berada dalam keadaan yang terkawal di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, 30 Disember 2022 menyatakan pihak mereka sentiasa memantau situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KKM juga merujuk laporan mingguan situasi COVID-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana sebanyak 148,659 kes positif COVID-19 dengan 442 kes kematian bagi minggu epidemiologi (ME) ke-50 (11 hingga 17 Disember 2022) telah dilaporkan di negara China.

Secara keseluruhannya, trend pelaporan kes COVID-19 berada dalam keadaan yang terkawal di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.


KKM Teliti Varian SARS-CoV-2 Yang Dikesan Di Malaysia

KKM menerusi kenyataan sama turut memaklumkan bahawa sehingga 24 Disember 2022, sebahagian besar varian SARS-CoV-2 dikesan di Malaysia adalah varian Omicron (66.17%), diikuti oleh varian Delta (32.69%), Beta (1.06%); dan Alpha (0.08%).

Daripada kumulatif varian Omicron yang dikesan, 61.6% adalah subvarian BA.5.2 dan 10.8% adalah subvarian XBB.1 dan tiga (3) kes subvarian BF.7.

Walau bagaimanapun, tiada peningkatan mendadak di dalam jumlah kes COVID-19 di dalam negara serta kes memerlukan kemasukan ke hospital kesan daripada langkah-langkah kesihatan awam dan imuniti kelompok terhasil daripada liputan vaksinasi COVID-19 yang luas.

Mengambil kira Malaysia mempunyai risiko kemasukan kes-kes COVID 19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa varian Delta melanda seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4 Strategi Utama Oleh KKM

  1. Memperkukuhkan survelan COVID-19 dalam komuniti, persekitaran dan makmal.
  2. Melindungi komuniti dengan pemberian vaksin termasuk kumpulan rentan dan berisiko tinggi.
  3. Mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon sistem perkhidmatan kesihatan awam.
  4. Memperkasakan komuniti melalui penglibatan dan advokasi  berterusan.

Selain itu, pengisytiharan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” yang akan tamat pada 31 Disember 2022 telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2023 bagi memudahcara Kementerian Kesihatan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan menggunakan peruntukkan di bawah P.U. (A)  83/22.

Pelanjutan ini telah diwartakan pada 27 Disember 2022 melalui perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No.2) 2022 [P.U. (A) 397/2022].


Amalan Gaya Hidup Sihat

Di samping strategi yang telah digariskan oleh KKM, masyarakat dinasihatkan mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat bagi menghindarkan diri dari bahaya jangkitan dan penyakit berjangkit lain.

Kita juga disarankan untuk sentiasa mengamalkan TRIIS (Test,  Report, Isolate, Inform, Seek). Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak.

Mereka yang bergejala juga digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di dalam dan luar negara serta bekerjasama rapat dengan WHO, China serta negara-negara ASEAN demi memastikan langkah pencegahan dan  kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd