Rakyat Malaysia Di Korea Tanggung Kos Rawatan Satu Malam Cecah RM11,000
Kamarulzaman Mohamed Fauzi@Jazuli dilaporkan pengsan akibat pecah pembuluh darah dan disahkan positif Covid-19.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Berhijrah ke negara orang sememangnya memberi pengalaman yang menakjubkan kerana kita dapat mempelajari budaya serta gaya hidup yang lain.
Jumpa orang baru, bahasa pun bukan lagi menggunakan bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu.
Tetapi apabila berhijrah ke negara lain, agak sukar untuk kita hulurkan bantuan sekiranya berada dalam kecemasan kerana masing-masing berada pada jarak yang sangat jauh.
Sama seperti kisah yang dihadapi oleh seorang lelaki iaitu Muhammad Zafifi apabila ayahnya Kamarulzaman Mohamed Fauzi@Jazuli kini dimasukkan ke dalam Hospital Besar Hyosung di Korea Selatan.
Zafifi memaklumkan ayahnya sedang koma selepas pengsan di rumah sewa.
Menurutnya lagi, berita tentang ayahnya itu diterima selepas sepupu bapanya Saloha Adlan yang juga berada di Korea Selatan menghantar kiriman Whatsapp.
Rakan serumah ayah memberitahu ayah tiba-tiba pengsan dan selepas itu mereka terus hubungi pihak ambulans.
Anak sulung, Muhammad Zafifi.
Ayah ditimpa dua sakit dalam satu masa
Hasil pemeriksaan lanjut di hospital berkenaan mendapati ayahnya yang berusia 50 tahun pecah pembuluh darah serta mempunyai darah beku pada bahagian kepala.
Keputusan ujian saringan Covid-19 juga menunjukkan keputusan positif dan kini seluruh badannya lumpuh serta tidak sedarkan diri.
Mak paling sedih dan risau. Kalau boleh nak bawa ayah balik ke Malaysia tetapi kami dana yang cukup untuk berbuat demikian. Buat masa ini hanya mampu dengar khabar berita dari sepupu ayah, Saloha.
Anak sulung, Muhammad Zafifi.
Saloha juga memberitahu bahawa ayahnya kini terpaksa bernafas melalui saluran tiub dan doktor juga enggan membuat sebarang pembedahan buat masa ini kerana mempunyai risiko yang sangat tinggi.
Namun, apa yang merisaukan juga adalah apabila kos rawatan mungkin semakin meningkat.
Bil rawatan hospitalnya untuk satu malam sahaja sudah mencecah RM11,000 dan ada kemungkinan kos itu meningkat jika tempoh rawatannya berterusan.
Sepupu ayah, Saloha Adlan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.