Now Reading
Angkatan Tentera Malaysia Bantu Tambah Baik Aspek Pengurusan Banjir

Angkatan Tentera Malaysia Bantu Tambah Baik Aspek Pengurusan Banjir

Usaha membantu mangsa banjir ini berdasarkan konsep Whole of Government Approach yang menfokuskan kepada usaha bersama dari setiap agensi di bawah NADMA.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, Angkatan Tentera Malaysia telah bercadang untuk turun padang membantu mangsa banjir di Selangor tetapi tidak mendapat persetujuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kerana disifatkan bukan keadaan darurat.

Walaupun tidak mendapat persetujuan daripada NADMA, anggota tentera tetap keluar bersama masyarakat tempatan untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan pertolongan.

Kredit: Facebook Angkatan Tentera Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia mempunyai pengalaman dalam usaha bantuan banjir terutamanya disebabkan oleh banjir hampir setiap tahun di Pantai Timur – khususnya di Kelantan dan Terengganu, dengan beberapa banjir teruk berlaku pada tahun 2014 – saat Hishammuddin berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini.

BACA JUGA: Angkatan Tentera Malaysia Sertai Usaha Bantuan Banjir Tanpa Kelulusan

Keselamatan mangsa banjir lebih penting

Baru-baru ini, Angkatan Tentera Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka lebih mengutamakan keselamatan rakyat terutamanya mangsa banjir yang terjejas.

Usaha membantu mangsa banjir ini berdasarkan konsep Whole of Government Approach yang menfokuskan kepada usaha bersama dari setiap agensi di bawah NADMA.

Pihak ATM menegaskan bahawa mereka akan terus komited menjalankan tugas bagi menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir – terutamanya usaha untuk memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat seperti di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dengan adanya bantuan daripada pihak ATM, diharapkan agar proses memberi bantuan melibatkan pengurusan banjir lebih tersusun dan berjalan lancar.

Dalam pada masa yang sama, mangsa-mangsa banjir juga dinasihatkan untuk memberi kerjasama dengan pihak anggota keselamatan supaya proses menyelamat berjalan lancar.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd