Now Reading
Lorong Tol Touch ‘n Go & SmartTAG Bakal Dihentikan Secara Berperingkat Mulai 2022

Lorong Tol Touch ‘n Go & SmartTAG Bakal Dihentikan Secara Berperingkat Mulai 2022

Transaksi tol RFID ini diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol serta ingin mengikuti perkembangan teknologi masa kini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan media baru-baru ini memaklumkan pembayaran tol menggunakan Touch ‘n Go serta SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat menjelang tahun 2022 bagi memberi peluang untuk memperbanyakkan lorong Radio Frequency Identification (RFID).

RFID adalah satu sistem tanpa wayar yang melibatkan dua komponen iaitu tag dan kad pembaca.

Kad pembaca adalah peranti yang mempunyai satu atau dua antenna yang memancarkan gelombang radio dan menerima kembali isyarat tersebut. Tag pula berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan identiti pengguna.

Transaksi tol RFID ini diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol serta ingin mengikuti perkembangan teknologi masa kini.

Kredit: Berita Harian

Dengan adanya RFID, pengguna jalan raya tidak perlu lagi berhenti dengan kelajuan 30 km/j di lorong pembayaran tol. Dalam pada masa yang sama, pemandu boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar serta mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Kementerian Kerja Raya turut memaklumkan transaksi tol menggunakan teknologi RFID ini akan dilaksanakan pada 15 Januari 2022 di laluan Juru, Pulau Pinang sehingga Skudai, Johor melalui Lebuhaya Utara-Selatan.

Pelaksanaan ini selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintas (Intelligent Transport System – ITS Blue Print).

Di mana boleh dapatkan RFID?

Pengguna yang masih belum mempunyai tag RFID boleh mendapatkannya secara atas talian menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go atau ejen pemasaran yang sah.

Sehingga kini, terdapat 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung Malaysia dan jumlah itu akan ditambah bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan tag tersebut.

Kredit: Lowyat.NET

Untuk pengguna yang sudah memiliki akaun TNG RFID, anda boleh ikuti langkah di bawah untuk mendapatkan tag RFID melalui portal https://rfid.touchngo.com.my/main.

  1. Tekan butang “Buy TNG RFID Tag” dan klik “Beli Sekarang”.
  2. Log masuk menggunakan akaun Portal TNG RFID.
  3. Isi maklumat penghantaran dan buat pembayaran.

Untuk anda yang belum mempunyai akaun Portal TNG RFID pula, anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu sebelum boleh membuat pembelian.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd