Now Reading
Rapid KL Tawar Perjalanan Percuma Buat Komuniti OKU Bermula 4 Hingga 12 Disember

Rapid KL Tawar Perjalanan Percuma Buat Komuniti OKU Bermula 4 Hingga 12 Disember

Jika anda akan melakukan perjalanan bersama individu kurang upaya penglihatan, golongan ini boleh mendapatkan minuman menggunakan mesin layan diri Braille di 10 stesen LRT di sekitar Lembah Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rapid KL menawarkan perjalanan percuma buat Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang jatuh pada 3 Disember.

Oleh itu, bermula dari 4 hingga 12 Disember golongan OKU bersama pembantu atau pemandu mereka boleh melakukan perjalanan dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, BRT dan Monorel secara percuma dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Tunjukkan Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Tunjukkan MyKad pemandu anda kepada pegawai di kaunter.
  • Dapatkan setiap satu token untuk perjalanan percuma anda.

Jika anda akan melakukan perjalanan bersama individu kurang upaya penglihatan, golongan ini boleh mendapatkan minuman menggunakan mesin layan diri Braille di 10 stesen LRT di sekitar Lembah Klang.

BACA LANJUT: These Braille-Enabled Vending Machines Make Getting Drinks Easier For The Visually-Impaired Community

Enjoy free rides dan kekal selamat! 😉


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd