Harga Kit Ujian Kendiri Turun Kepada RM4.90
Kit Ujian Antigen Kendiri Covid-19 kini telah diturunkan harga untuk menjadikannya lebih berpatutan buat semua orang di Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Dalam usaha untuk membantu membendung penularan Covid-19, harga Kit Ujian Kendiri Antigen (RTK-Ag) telah diturunkan kepada RM4.90 tanpa menjejaskan kualiti ujian.
Menurut Berita Harian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kit ujian kendiri itu sudah menjadi satu keperluan di rumah.
Bersama Kementerian Kesihatan (KKM), kedua-dua kementerian bersetuju menurunkan harga kit ujian itu, lebih-lebih lagi bagi membolehkan semua orang melakukan ujian kendiri di rumah.
Sebelum ini, harga runcit kit ujian kendiri Covid-19 pernah diturunkan kepada RM19.90 daripada RM39.90.
KPDNHEP juga telah membenarkan 7,302 premis di seluruh negara untuk menjual kit ujian kendiri yang diluluskan oleh KKM dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
Alexander turut memuji 99 Speedmart atas inisiatifnya yang mula menjual kit ujian kendiri pada harga RM4.90 seunit.
Tambahnya, lebih banyak premis akan turut sama menurunkan harga kit ujian kendiri Covid-19 tidak lama lagi.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



