Now Reading
16 Mangsa Terperangkap Dalam Kejadian Kepala Air Di Bukit Wang, Kedah

16 Mangsa Terperangkap Dalam Kejadian Kepala Air Di Bukit Wang, Kedah

Kejadian kepala air di Bukit Wang, Kedah telah menyebabkan paras air meningkat sehingga mencecah 1.5 meter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jabatan Meteorologi Malaysia pernah memberi amaran mengenai Monsun Timur Laut bermula pada November sehingga Mac 2022.

Oleh disebabkan itu, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia dengan hujan lebat yang berpanjangan.

BACA JUGA: Met Malaysia Beri Amaran Monsun Timur Laut Bermula 3 November Hingga Mac 2022

Musim tengkujuh ini telah menyebabkan banyak kes kepala air yang berlaku sehingga pernah meragut nyawa beberapa orang penduduk di Yan, Kedah.

Kejadian tersebut mengakibatkan seorang bekas imam Masjid Yan ditemui maut di bawah timbunan pokok akibat terperangkap ketika kejadian kepala air di Gunung Jerai.

BACA JUGA: Banjir Di Yan, Kedah: Jasad Bekas Imam Ditemui Menghadap Kiblat

Tiga buah rumah terjejas dalam kejadian kepala air di Bukit Wang, Kedah

Baru-baru ini, satu lagi kejadian kepala air dilaporkan berlaku semalam (9 November) di kawasan peranginan Bukit Wang, Kedah.

Paras air di kawasan tersebut meningkat sehingga mencecah 1.5 meter selepas hujan lebat berterusan daripada jam enam petang.

Kredit: Astro Awani

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan pihaknya telah menerima panggilan telefon pada jam 6.08 petang oleh orang ramai berhubung kejadian tersebut.

Berikutan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra segera ke lokasi kejadian dan memindahkan mangsa yang terperangkap akibat banjir berkenaan.

Banjir tersebut telah menjejaskan tiga buah rumah yang dinaiki air sehingga 1.52 meter.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian tersebut turut menyebabkan 16 orang mangsa terperangkap di atas bukit Batu Sungai Changlun, Bukit Kayu Hitam.

Anggota bomba juga telah berjaya memindahkan lapan mangsa dari tiga buah rumah yang terjejas ke lokasi selamat.

Kita juga mengarahkan anggota melakukan penilaian lengkap risiko di tempat kejadian serta memastikan tiada lagi mangsa yang tertinggal.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain.

Netizen kongsi video kejadian kepala air

Beberapa orang pengguna Facebook sempat berkongsi video menunjukkan kejadian kepala air yang berlaku semalam (9 November).

Memang menyeramkan bila tengok air bertukar keruh dan mengalir dengan deras.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd