Now Reading
Banjir Di Yan, Kedah: Jasad Bekas Imam Ditemui Menghadap Kiblat

Banjir Di Yan, Kedah: Jasad Bekas Imam Ditemui Menghadap Kiblat

Mangsa yang merupakan bekas imam Masjid Yan ditemui di bawah timbunan batang pokok di kawasan sungai yang baru terbentuk berhampiran Sungai Batu Hampar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa beberapa buah kampung di sekitar Yan, Gurun, dan Tupah dilanda banjir kilat susulan fenomena kepala air yang melanda kawasan peranginan air terjun di kaki Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu.

Lebih dari 10 kawasan telah dilanda banjir dan pihak berkuasa sedang giat berusaha untuk memindahkan penduduk, termasuk mereka yang menjalani kuarantin Covid-19 di rumah.

Antara lokasi yang telibat banjir selepas kejadian kepala air itu adalah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh, dan Kampung Setoi.

Kredit: Twitter

BACA SINI: [Video] Banjir Di Yan, Kedah: Tiga Terkorban & Tiga Lagi Masih Hilang

Jasad bekas imam ditemui

Memetik laporan Kosmo, semalam (22 Ogos), mayat lelaki warga emas yang hilang dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai pada Rabu lalu ditemui di bawah timbunan batang pokok di sebuah chalet dekat Air Terjun Batu Hampar.

Mayat mangsa, Ku Shuib Ku Abdullah, 91 telah ditemui anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tersebut.

Mangsa yang merupakan bekas imam Masjid Yan ditemui di bawah timbunan batang pokok di kawasan sungai yang baru terbentuk berhampiran Sungai Batu Hampar.

Jasad mangsa hampir sempurna dan menghadap kiblat

Lebih mengejutkan, laporan mengatakan bahawa keadaan mayat mangsa kelima itu didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar.

Malah, jasadnya ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai.

Perkara itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang turut memaklumkan bahawa jasad Allahyarham seolah-olah ‘dilindungi’ oleh kulit kayu balak.

“Allah SWT memelihara jasadnya. Semua sifat cukup ketika ditemui,” katanya.

@eiyraa92

Allahhuakbar kulit kayu balak menutupi Arwah mantan imam masjid yan atau nma gelaran pak put🥺Al fatihah ##foryoupage ##esekali ##titihayun ##gunungjerai

♬ bunyi asal – 🔰Eiyraa🔰🌾
@eiyraa92

Allahhuakbar kulit kayu balak menutupi Arwah mantan imam masjid yan atau nma gelaran pak put🥺Al fatihah ##foryoupage ##esekali ##titihayun ##gunungjerai

♬ bunyi asal – 🔰Eiyraa🔰🌾

Menurutnya, penduduk Kampung Yan ramai yang menyayangi arwah dan turut mendoakan kesejahteraannya.

Apa pun, takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Innalillahiwainnailaihirojiun.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd