Now Reading
Met Malaysia Beri Amaran Monsun Timur Laut Bermula 3 November Hingga Mac 2022

Met Malaysia Beri Amaran Monsun Timur Laut Bermula 3 November Hingga Mac 2022

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), kebanyakan tempat di Malaysia dijangka menerima hujan pada paras purata sepanjang tempoh Monsun Timur Laut kali ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui satu kenyataan rasmi di Facebook semalam (1 November) telah memberi amaran permulaan Monsun Timur Laut untuk tahun 2021 dan 2022.

Menurut kenyataan tersebut, Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 3 November 2021 dan akan berterusan sehingga Mac 2022.

Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

Untuk fasa awal Monsun Timur Laut, episod hujan lebat dijangka berlaku di negeri-negeri berikut:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Johor

Manakala, pada awal Januari dan Februari 2022, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Sabah dan Sarawak.

Mulai hujung Januari hingga Mac 2022, cuaca kering dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Kebanyakan tempat di Malaysia dijangka menerima hujan pada paras purata sepanjang tempoh Monsun Timur Laut kali ini.

Amaran banjir

MET Malaysia turut memberi amaran hujan lebat untuk tempoh berterusan dalam tempoh beberapa hari akan mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.

Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk. Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan. Manakala kawasan pantai negeri-negeri yang mengadap Laut China Selatan juga dijangka mengalami risiko kenaikan paras laut.

Jabatan Meteorologi Malaysia.
Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Sinar Harian)

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui Facebook dan laman web rasmi mereka.

Anda boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia di 1300-322-1638 jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd