Tiada Kematian Dikaitkan Dengan Vaksin Covid-19 – KKM
Sebanyak 1,483 laporan dikategorikan sebagai serius di mana penerima vaksin menerima rawatan di hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bahawa tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia bersandarkan data oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK) untuk penilaian kausaliti antara kesan sampingan dan vaksin yang diambil.

Untuk pengetahuan umum, sejak bermulanya Program Imunisasi Covid-19 (PICK) sehingga 27 Oktober lalu – sebanyak 966,690 respons kendiri mengenai kesan sampingan pengambilan vaksin telah diterima melalui aplikasi MySejahtera.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,483 laporan dikategorikan sebagai serius di mana penerima vaksin menerima rawatan di hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut. Semua kes yang dikategorikan sebagai serius akan disiasat secara menyeluruh dan terperinci oleh fasiliti kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang menerusi Sinar Harian.
Walau bagaimanapun, daripada jumlah kes serius setakat ini, terdapat 519 laporan merekodkan kes kematian dalam kalangan penerima vaksin Covid-19.
Jelasnya lagi, setelah penilaian kausaliti dijalankan – tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19 di Malaysia.
Menurut data yang dikeluarkan oleh KKM menerusi laman COVIDNOW, sekurang-kurangnya 78% populasi keseluruhan di Malaysia telah mendapatkan satu dos vaksin.
Manakala, 75% populasi telah melengkapi dua dos vaksin.
Berikut pula merupakan data kematian per satu juta populasi di Malaysia untuk dua minggu terkini:

Data yang dikeluarkan adalah setakat 1 November, 11:59 pm.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



