Now Reading
Adakah Malaysia Sedang Menuju Ke Arah Pemulihan Kewangan?

Adakah Malaysia Sedang Menuju Ke Arah Pemulihan Kewangan?

Hasil kajian utama mendapati hanya 15% responden dapat menyimpan RM1,500 ke atas setiap bulan, penurunan dari angka 20% pada tahun 2020.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa rakyat Malaysia kini sudah hampir dua tahun menjalani kehidupan sambil berdepan dengan wabak Covid-19.

Persoalannya, adakah masyarakat Malaysia sudah mengubah cara mereka menguruskan wang? Adakah negara kita kini menuju ke arah pemulihan kewangan dengan pembukaan sektor ekonomi secara berkala?

BACA JUGA: Gaji Ciput Tapi Tips Simpan Ribuan Ringgit Ini Memang Efektif. Cuba Dulu!

Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS 2021) meneliti dengan lebih mendalam dan mendapati bahawa rakyat Malaysia kini berdepan lebih banyak kesukaran untuk menyimpan wang pada setiap bulan.

Kredit: tirachardz melalui Freepik/TRP

52% daripada responden berjaya menyimpan kurang daripada RM500 sebulan ataupun tidak dapat membuat sebarang simpanan, dan merupakan satu peningkatan berbanding tahun lepas (49%).

Sementara itu, 21% pula bergantung harap sepenuhnya kepada gaji yang diberi pada hujung bulan. Ini kerana mereka tidak mampu menyimpan wang pada setiap bulan (peningkatan kecil daripada 19%).

Namun begitu, seramai 76% rakyat Malaysia beranggapan bahawa kewangan mereka adalah terkawal. Di antara mereka ini, 33% masih membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka.

Walaupun begitu, rakyat Malaysia telah mula memandang serius tentang penyimpanan wang untuk kecemasan semenjak pandemik melanda.

63% daripada responden memilih “dana kecemasan” sebagai sebab utama mereka menyimpan wang, diikuti pula dengan pencen (49%), melancong (40%) dan pembelian harta/rumah (38%).

Semakin ramai rakyat Malaysia menyedari bahawa simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan mereka (15% berbanding 30% pada tahun 2020 yang menyatakan bahawa simpanan KWSP mereka cukup untuk persaraan).

Sungguhpun begitu, hampir separuh daripada mereka ini (45%) masih belum mula merancang untuk persaraan mereka.

Kredit: Hari Anggara/Malay Mail

Melalui RMFLS tahun lalu, kita melihat bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia mula menyedari kepentingan dana kecemasan. Tetapi, pandemik yang berpanjangan ini terus mempengaruhi ekonomi dan kewangan rakyat Malaysia setiap hari. Kesannya terhadap kebolehan masyarakat untuk menyimpan wang adalah jelas. Tetapi, simpanan wang bukanlah satu-satunya cara untuk menguruskan wang. RinggitPlus akan terus berusaha untuk mendidik dan memperkasa rakyat Malaysia untuk mengendalikan kewangan dengan lebih baik melalui cara holisitik yang juga merangkumi pengurusan hutang yang cekap dan cara lain untuk menggandakan wang mereka.

Hann Liew, Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus. 

Selain daripada simpanan, rakyat Malaysia bersikap lebih terbuka mengenai cara menggandakan dana mereka melalui pelaburan automasi seperti matawang kripto dan penasihat robo.

Hampir separuh (49%) daripada rakyat Malaysia menyatakan yang mereka tertarik atau mahu melabur dalam matawang kripto.

Kajian ini mendapati 3,033 respon dari seluruh negara dan kaedah sampel berstrata telah dilakukan untuk mencapai 1,518 respon sampel yang mewakili populasi negara Malaysia.


RMFLS 2021: Hasil Kajian Utama

  • Tiada perubahan yang ketara dalam tingkah laku kewangan peribadi masyarakat Malaysia. Namun, rakyat Malaysia semakin kurang menyimpan. Ini berkemungkinan akibat daripada kesan ekonomi wabak Covid-19. 
  • Hanya 15% responden dapat menyimpan RM1,500 ke atas setiap bulan, penurunan dari angka 20% pada tahun 2020.
  • Separuh (50%) daripada responden menyatakan bahawa mereka tidak akan bertahan lebih dari 3 bulan sekiranya kehilangan pekerjaan.
  • 44% membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka, hampir sama dengan 43% yang diperolehi pada tahun 2020. 
  • 21% telah mengambil atau merancang untuk mengambil moratorium pinjaman, 2x lebih tinggi daripada anggaran industri. 
  • Pemilikan kad kredit menurun pada tahun ini: 45% tidak memiliki sebarang kad kredit (35% pada tahun 2020), 45% mempunyai 1-3 kad (dari 51%), sementara hanya 10% memiliki lebih daripada 4 kad (sebelumnya 14%). 
  • Penggunaan e-dompet tetap tinggi di Malaysia pada kadar 89%. Malah, 36% menggunakan lebih daripada 3 e-dompet yang berbeza untuk pembayaran mereka. 
  • Walaupun terdapat usaha untuk mendorong pengguna membeli insurans dalam talian, majoriti rakyat Malaysia (65%) masih memilih untuk membeli melalui ejen. 
  • Belia dan golongan milenial (18-35 tahun) masih memerlukan pertolongan untuk menguruskan kewangan mereka:
    • 24% tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk bertahan melebihi 1 bulan. 
    • 57% tidak dapat bertahan lebih dari 3 bulan. 
    • 45% membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka.  
  • Golongan ini lebih celik digital dan lebih daripada separuh (63%) belia mahu atau tertarik untuk melabur dalam matawang kripto.

Gesa rakyat buat keputusan kewangan lebih bijak

Walaupun rakyat Malaysia menunjukkan minat untuk mempelajari tabiat kewangan yang lebih baik, jelas juga bahawa ramai yang tidak tahu di mana untuk bermula.

Untuk mengatasi masalah ini, RinggitPlus melancarkan dua perkhidmatan baru:

  • Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus.
  • Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus.

Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus tersedia dalam dua bentuk iaitu Akademi RinggitPlus dan Perancang Kewangan RinggitPlus – menawarkan akses kepada perancang kewangan diperakui dan nasihat pengurusan wang yang praktikal dengan harga berpatutan.

Sepanjang bulan Oktober, rakyat Malaysia boleh mendaftar dan menikmati potongan RM100 dengan kod tawaran “FLM100”.

Ramai yang beranggapan bahawa hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk berjumpa dan meraih manfaat kewangan melalui perancang kewangan. Tujuan produk dan perkhidmatan baru kami adalah untuk menjadikan nasihat kewangan lebih terbuka dan mudah diakses oleh semua, sama ada melalui perancang kewangan kami dengan Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus atau melalui kerangka algoritma komprehensif kami dalam Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus yang dibangunkan bersama dengan mangro, satu perkhidmatan teknikal yang ditawarkan oleh kipleX.

Hann Liew, Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus. 

Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus adalah alat penilaian dan cadangan kewangan pertama di Malaysia yang mudah digunakan.

Ia membuat penilaian khusus terhadap kesihatan kewangan pengguna dan menawarkan nasihat dari segi 7 bidang kewangan utama iaitu:

  • Perancangan Cukai.
  • Pengurusan Hutang.
  • Aliran Tunai.
  • Pelaburan.
  • Matlamat.
  • Perancangan Harta Tanah.
  • Pengurusan Risiko.

Anda hanya memerlukan 10 minit untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kesihatan kewangan dan cadangan sebagai panduan untuk pilihan kewangan yang lebih baik.

Ketahui lebih lanjut di: https://www.fenetwork.my/. Klik di sini untuk muat turun laporan penuh RMFLS 2021.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd