Now Reading
Halang Isteri Ambil Vaksin, Suami Sanggup Lafaz Taklik

Halang Isteri Ambil Vaksin, Suami Sanggup Lafaz Taklik

Wanita tersebut dikatakan telah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin tanpa pengetahuan suaminya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu kes aneh telah terjadi baru-baru ini di Terengganu di mana seorang lelaki yang bergelar suami dikatakan sanggup melafazkan taklik terhadap isterinya selepas mengetahui bahawa isterinya telah mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Memetik laporan Berita Harian, tindakan lelaki terbabit kini menimbulkan persoalan kepada hubungan pasangan berkenaan apabila isterinya sudah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin di luar pengetahuannya.

Kredit: Hakan Nural/Unsplash

Wanita tersebut dikatakan telah menghubungi seorang peguam bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pengesahan daripada Peguam Syarie, Maryam Wafda Kamilen daripada Tetuan Wafda Kamilen & Associates – sama ada taklik dilafazkan suaminya sah atau sebaliknya.

Berdasarkan maklumat daripada wanita berkenaan, dia mengakui sudah mengambil suntikan vaksin dos pertama tanpa pengetahuan suaminya pada Selasa lalu dan kejadian itu berlaku semalam (29 Ogos 2021).

Bagaimanapun, ketika berbual menerusi telefon mengenai pengambilan vaksin, suami kepada suri rumah itu melarang isterinya daripada mendapatkan suntikan pelalian berkenaan dan jika mengambilnya juga, akan jatuh taklik. Kata-kata suaminya itu merisaukan wanita terbabit yang kemudiannya menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepastian sama ada taklik dilafazkan suaminya jatuh atau sebaliknya.

Peguam Syarie Maryam Wafda Kamilen daripada Tetuan Wafda Kamilen & Associates melalui Berita Harian.

Maryam Wafda turut mengesahkan kes itu bukanlah kali pertama diterima firma guamannya. Malah, sekurang-kurangnya tiga dan empat kes berkaitan isu sama telah diterima.

Kami bersedia menawarkan perkhidmatan kepada semua suri rumah yang berhadapan dengan situasi itu. Kami menyarankan suri rumah yang berdepan dengan situasi berkenaan agar segera memfailkan kes itu di Mahkamah Syariah.

Peguam Syarie Maryam Wafda Kamilen daripada Tetuan Wafda Kamilen & Associates melalui Berita Harian.

Apa itu lafaz Taklik?

Kredit: BaitulMuslim

Mungkin ada segelintir masyarakat yang masih belum tahu apa itu lafaz Taklik ketika nikah dan ianya adalah lafaz (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan.

Lafaz Taklik bermaksud seorang suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri, atau orang lain.

Semua negeri mempunyai lafaz taklik dan ianya sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.

Nota: Lafaz Taklik membawa maksud yang besar, jangan hanya kerana anda terlalu gembira untuk berkahwin, anda lupa dengan apa yang dijanjikan dalam lafaz tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd