Isteri & Bayi 4 Bulan Disimbah Minyak Panas Oleh Suami Gara-gara Cemburu
Kejadian turut disedari ibu mentua mangsa yang membawa menantu dan cucunya mendapatkan rawatan selepas terdengar tangisan kuat bayi itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Seorang lelaki dikatakan bertindak di luar kawalan apabila telah menyimbah minyak panas kepada isteri dan bayi perempuannya yang berusia empat bulan.
Perkara tersebut terjadi selepas berlakunya pertengkaran di antara mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka Asisten Komisioner Lim Meng Seah, ketika dihubungi berkata kejadian berlaku jam 5.50 petang di Semabok Dalam, Semabok, Melaka (12 Februari).
Kejadian menyebabkan mangsa berusia 21 tahun serta bayinya terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan akibat melecur di beberapa bahagian badan.
Curiga isteri berkawan dengan lelaki lain
Memetik laporan Harian Metro, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila suami berusia 24 tahun mengesyaki isterinya berkawan dengan lelaki lain selepas kerap berbual menggunakan telefon bimbit.
Si suami kemudian meminta penjelasan daripada isterinya yang ketika itu sedang menggoreng ayam di dapur. Wanita itu cuba memberi penjelasan, namun tidak diendahkan oleh suami.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka Asisten Komisioner Lim Meng Seah menerusi Harian Metro.
Mengulas lanjut, pada masa sama bayi mereka menangis dan mangsa mendukung anaknya sebelum suspek yang dipercayai tidak berpuas hati menyimbah minyak panas dari kuali di dapur ke arah mangsa dan anak bongsunya itu.
Kejadian turut disedari ibu mentua mangsa yang membawa menantu dan cucunya mendapatkan rawatan selepas terdengar tangisan kuat bayi itu.
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa mangsa mengalami kesan lecur di paha kiri manakala bayinya turut melecur pada belakang pinggang, punggung serta keseluruhan kaki sebelah kiri dan kanan.
Suspek bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Borong Batu Berendam dan pasangan itu mempunyai tiga lagi anak berusia antara dua hingga enam tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka Asisten Komisioner Lim Meng Seah menerusi Harian Metro.
Suspek ditahan selepas polis menerima maklumat kejadian dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.