[Video] Wanita ‘Dakwa’ Ada HIV Dalam Vaksin Covid-19 Terima Kecaman Netizen
Wanita itu mencetuskan teori konspirasi tentang Covid-19.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Zaman sekarang, semua orang tiba-tiba jadi ‘pakar’ untuk semua perkara.
Kemunculan media sosial bermakna setiap orang mempunyai suara dan platform untuk bercakap.
Ramai juga yang memiliki akaun TikTok, Twitter, saluran YouTube dan profil Facebook untuk menyiarkan idea tersendiri.
Tetapi apa yang sering dipersoalkan adalah; adakah mereka menyampaikan maklumat yang berkualiti? Seperti satu kes melibatkan seorang wanita yang mendakwa terdapat HIV (Human Immunodeficiency Virus) dalam vaksin Covid-19, terutamanya dos suntikan penggalak (booster shot).
Oleh itu, dia menggesa orang ramai yang menerima suntikan penggalak untuk memeriksa HIV, yang boleh membawa kepada AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) jika tidak dirawat.
Dia mendakwa bahawa virus Covid-19 sebenarnya tidak wujud dan merupakan konspirasi.
Tambah wanita itu, dia telah menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan bukti bahawa Covid-19 bukan sekadar bakteria atau virus.
Dia kesal kerana kementerian tidak menjawab soalannya.
Part 2 pic.twitter.com/jNXu4XHMac
— Memer (@amer__aljeffrey) February 25, 2022
Information Overload
Dalam video itu, dia juga mendakwa kerajaan menyembunyikan fakta tertentu tentang Covid-19, malah turut menambah bahawa status halal vaksin tidak pernah benar-benar wujud.
Dia ‘memetik’ kajian daripada sumber yang tidak disahkan yang mendakwa bahawa vaksin Covid-19 mempunyai sel haiwan malah termasuk pelbagai virus seperti virus HIV.
Tidak lama kemudian, ratusan komen membanjiri media sosial – dengan orang ramai berkongsi betapa mereka tidak bersetuju dengan wanita berkenaan.
Wanita itu telah dikritik sebagai mempunyai ciri-ciri anti-vax.
Ada yang mempersoalkan sama ada wanita itu pergi ke sekolah atau tidak.
Ramai di media sosial menunjukkan bahawa dia tidak sepatutnya memberikan pendapat tanpa melakukan penyelidikan dan semakan fakta yang betul.


Adakah Dos Penggalak Covid-19 Menyebabkan Ujian HIV Positif?
Tiada bukti klinikal bahawa dos penggalak Covid-19 boleh membawa kepada ujian HIV positif.
Anti-vaxxers are as dangerous to global health as HIV, doctor declares: Dr Amesh Adalja, of Johns Hopkins University Center for Health Security in Maryland, writes in an op-ed that the invention of vaccines has given people 'the luxury to die of other… https://t.co/hhCWKaq5Of pic.twitter.com/u0ujSJ3YtF
— RushReads (@RushReads) February 5, 2019
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata vaksin coronavirus adalah selamat dan berkesan.
Sekiranya terdapat sebarang risiko, ia sebenarnya sangat jarang berlaku.
WHO juga telah memberi amaran tentang “infodemik” – maklumat tidak sahih berkaitan Covid-19 – yang juga berleluasa di Malaysia.
Aliran maklumat salah telah menyebabkan agensi dan kementerian kerajaan, khususnya KKM, menjadi sasaran anti vaxxer.
Anything vaccines related are the last thing you'd wanna lie about during global pandemic. Get your act together, KKM. Stop giving antivax group the conspiracies/content they're looking for. 🤦🏻♂️ https://t.co/GZyHWVmj2C
— Rashvin Dharsha Nath (@jrashvin98) February 21, 2021
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa vaksin Covid-19 termasuk suntikan penggalak dipantau dengan teliti untuk kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.