Peguam Kongsi Langkah Untuk Pertahankan Hak Pekerja Dari Dipecat Majikan
Sebagai pekerja, anda sebenarnya boleh saman majikan jika mereka pecat tanpa alasan kukuh.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila kita bekerja di sesebuah syarikat, pastinya kita akan berada di bawah penyeliaan seorang pengurus.
Dapat pengurus yang baik, memang senanglah kita nak bekerja dan tidak stres. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, agak terbeban jugalah rasa.
Yang lebih teruk lagi apabila ada majikan yang sesuka hati memecat pekerja mereka. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dapat surat suruh berhenti.
Mungkin tindakan sesetengah majikan ini membuatkan pekerja tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Tapi, mereka tak tahu cara untuk membangkang tindakan tersebut.
Baru-baru ini, seorang peguam membuat perkongsian di Twitter (Nas Rahman) tentang apa yang perlu lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi dibuang kerja tanpa sebab.
Antara langkah awal yang boleh dibuat adalah seperti berikut:
1. Kenalpasti alasan kenapa dibuang kerja
Pertama sekali, kita kenalpasti dulu apa jenis-jenis buang kerja yang selalu berlaku:
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
1. Kena buang dengan alasan masalah disiplin
2. Kena buang dengan alasan prestasi kerja
3. Pemberhentian kerja (retrenchment)
4. Tenaga kerja berlebihan (redundancy)
5. Syarikat/cawangan tutup
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
6. Dipaksa letak jawatan
7. Pembuangan kerja secara konstruktif
8. Dibuang tanpa alasan langsung
2. Pertahankan diri jika alasan yang dinyatakan tidak kukuh
Macam mana kita nak tahu?
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
1. Kita sendiri rasa ada sesuatu yang tak kena.
2. Apa yang majikan cakap tak sama dengan apa yang terjadi. Contohnya, dalam surat sebut kena diberhentikan sebab syarikat nak tutup, tapi lepas kena berhenti, syarikat masih kekal beroperasi.
3. Kalau alasan masalah disiplin, kita dituduh tanpa sebab.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
4. Kalau alasan prestasi kerja, tak pernah diberikan surat amaran langsung.
5. Kalau retrenchment, majikan tak ikut prinsip Last In First Out (LIFO).
Anda juga sebenarnya boleh menyaman majikan sekiranya mereka bertindak membuang pekerja mereka tanpa alasan yang kukuh dan munasabah.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah:
1. Buat aduan segera ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP)
Aduan tersebut perlulah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh dibuang kerja. Kalau lebih daripada tempoh itu, berkemungkinan besar JPP tidak akan layan permintaan anda.
Tak kisah kes anda itu kukuh atau tidak, yang penting anda perlu buat aduan terlebih dahulu.
Tak kira la kita rasa kes kita ni kuat ke tak kuat ke, buat sahaja aduan ke JPP dahulu. Nak tarik balik kes bila-bila masa pun boleh. Tiada masalah. Nak mulakan kes yang kena ikut tempoh masa. Maka, perlu lebih berhati-hati dan cakna.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
Tapi buat aduan ke JPP hanya untuk bekerja semula, saya dah taknak kerja balik. Macam mana ni?
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
Buat sahaja dulu aduan. Memang di bawah akta, aduan ke JPP hanya untuk bekerja semula. Tapi untuk pergi ke Mahkamah Perusahaan, kita kena lalu JPP dahulu.
2. Proses Runding Damai
Selepas aduan dibuat ke JPP, pegawai mereka akan menetapkan tarikh bagi meneruskan proses Runding Damai.
Dalam proses ini, akan ada lima jenis senario yang boleh berlaku. Antaranya:
Semasa Runding Damai, ada 5 scenario yang boleh berlaku:
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
1. Majikan setuju untuk ambil semula dan pekerja setuju – Kes selesai
2. Majikan setuju untuk ambil semula tapi pekerja tak setuju – Kes selesai
3. Majikan tak setuju untuk ambil semula tapi tawarkan pampasan dan pekerja setuju – Kes selesai
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
4. Majikan tak setuju untuk ambil semula dan tawar pampasan tapi pekerja tak setuju jumlah pampasan – Kes boleh dirujuk ke Mahkamah Perusahaan
5. Majikan tak setuju untuk ambil semula dan tiada pampasan ditawarkan – Kes boleh dirujuk ke Mahkamah Perusahaan
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
Hasil daripada proses Runding Damai ini ada dua, sama ada majikan ingin mengambil semula pekerja atau tidak.
Peluang untuk majikan mengambil semula itu agak tipis sekiranya masing-masing mempunyai hubungan yang tidak berapa baik atau termasuk dalam kes retrenchment.
Tapi jika majikan menawarkan pekerja untuk kembali bekerja semula, kes tersebut akan dianggap selesai.
3. Kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh JPP
Langkah ini akan diteruskan sekiranya majikan tidak bersetuju untuk mengambil pekerjanya berkhidmat semula.
Kes tersebut dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dan pekerja akan dimaklumkan sebanyak dua kali melalui e-mel.
Biasanya, Pekerja akan dimaklumkan melalui emel sebanyak 2 kali iaitu:
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
– Kes sudah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan
– Kes sudah sampai di Mahkamah Perusahaan
Dalam e-mel tersebut pekerja akan diberitahu bahawa kes sudah didaftarkan di Mahkamah Perusahaan dan dimaklumkan tentang tarikh sebutan pertama.
Jadi, ini adalah waktu yang tepat sekiranya anda ingin melantik peguam.
4. Prosiding di Mahkamah Perusahaan
Buat masa ini, sebutan kes pertama akan dibuat secara atas talian sahaja. Link akan diberikan melalui e-mel yang diterima sebelum ini.
Kalau anda ada melantik peguam. Ini adalah beberapa dokumen yang perlu disediakan:
Kalau pekerja nak lantik peguam untuk wakilkan, ini dokumen asas yang peguam akan perlukan:
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
– surat perlantikan kerja/kontrak kerja
– surat penamatan kerja
– slip gaji
– dokumen-dokumen lain yang relevan ikut kes masing-masing
Ini apa yang bakal berlaku semasa sebutan kes.
Biasanya dalam sebutan kes pertama, mahkamah akan tetapkan terus tarikh-tarikh bagi pemfailan Pernyataan Kes, Pernyataan Jawapan, Rejoinder, Ikatan Dokumen dan juga tarikh bicara.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
Secara ringkasnya, :-
Penyata Kes (Pekerja) -> Penyata Jawapan (Majikan) -> Rejoinder (Pekerja)
Semasa sebutan kes sehingga sebelum bicara, mana-mana pihak boleh mengusulkan supaya proses Mediasi dijalankan terlebih dahulu. Sekiranya masih tiada sebarang persetujuan, barulah mahkamah teruskan dengan bicara penuh.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
5. Perbicaraan kes
Sebelum tarikh perbicaraan penuh, pihak yang terlibat perlu memfailkan dokumen-dokumen seperti Ikatan Dokumen dan Pernyataan Saksi.
Giliran untuk membicarakan kes pula bergantung kepada situasi.
Majikan akan mulakan kes dahulu dengan memanggil saksi-saksi majikan.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
Selepas itu, barulah kes pekerja dan saksi-saksi bagi pihak pekerja pula.
Kecuali jika kes melibatkan pembuangan kerja secara konstruktif ataupun pemberhentian kerja secara paksaan.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
Dalam kes sebegini, pekerja yang akan mulakan dahulu.
Perbicaraan akan mengambil masa beberapa hari bergantung kepada bilangan saksi dan juga jadual mahkamah.
6. Hujahan bertulis dan keputusan dibuat
Selepas bicara penuh selesai antara kedua-dua pihak, Mahkamah Perusahaan akan meminta pihak yang terlibat untuk memfailkan Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti serta Hujahan Balas dan Ikatan Otoriti.
Keputusan atau Award kes akan diberikan dalam masa 3 bulan dari tarikh Hujahan Balas difailkan ataupun mungkin lebih cepat.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) February 7, 2022
Award akan dihantar melalui pos ataupun boleh disemak dalam laman sesawang Mahkamah Perusahaan Malaysia:https://t.co/GVGsAUcNFu
Jika pekerja menang kes tersebut, majikan perlu membayar pampasan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan dibuat.
Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamad Perusahaan, rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari.
Harapnya rakyat Malaysia kini lebih cakna dengan hak dan kebajikan mereka sebagai pekerja. Semoga perkongsian oleh peguam ini memberi manfaat kepada anda!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.