Now Reading
Lelaki Menang Kes Mahkamah Lawan SPA & Kerajaan Malaysia

Lelaki Menang Kes Mahkamah Lawan SPA & Kerajaan Malaysia

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh Nazrul berdasarkan beberapa faktor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Media sosial sekarang ini sudah jadi tempat ramai orang bebas berkomunikasi dengan cara masing-masing.

Dalam ramai-ramai pengguna media sosial, mesti akan ada yang jenis suka memuat naik posting mengundang kecaman ataupun komen kurang sesuai.

Jangan terkejut bila terjumpa ‘keyboard warrior’ ini di media sosial.

BACA JUGA: Here’s how being a keyboard warrior will affect your life

Dihadap ke mahkamah kerana komen

Seorang peguam memuat naik satu kisah di laman Twitter miliknya @nas_rahmann tentang satu kes menarik di mahkamah melibatkan seorang individu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta Kerajaan Malaysia.

Kes tersebut bermula apabila seorang lelaki dikenali sebagai Nazrul memuat naik ucapan takziah di ruangan komen sebuah posting dimuat naik oleh Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook miliknya.

Namun, komennya itu seperti ada niat lain.

Gara-gara komen tersebut, dia dikenakan tindakan disiplin iaitu dibuang kerja dan diberikan surat tunjuk sebab oleh jabatannya.

Namun, Nazrul dikatakan mencabar hukuman tersebut dan memulakan prosiding Semakan Kehakiman, namun gagal.

Selepas membuat permohonan, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Nazrul berdasarkan beberapa sebab seperti berikut:

Berikutan itu, mahkamah telah memutuskan untuk membatalkan hukuman buang kerja terhadap Nazrul.

Bukan itu sahaja, Kerajaan Malaysia juga perlu membayar semula gaji dan faedah kepada Nazrul dari tarikh dia dibuang kerja.

Wow, menarik juga kes ni!

Menurut peguam itu lagi, undang-undang bertulis yang dikenakan kepada penjawat awam adalah berdasarkan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) dan bukannya di bawah Akta Kerja 1955.


Apa yang kita boleh belajar daripada kes mahkamah ini, berhati-hatilah dalam penulisan di media sosial. Akan ada mata memerhati. 👀

Mungkin bagi kita, komen yang dimuat naik itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada kita.

Namun, sebaliknya kepada orang lain pula.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd